Ahad, 18 Julai 2010

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?

IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

# apa yang penting kerjasama !

Sedap disebut tapi payah nak dibuat !

Isnin, 5 Julai 2010

busy yang high defination

3 weeks yang lepas jadual kerja gua compact dengan segala urusan student baru Uitm Terengganu untuk sessi julai-november 2010 dan ianya perlu dibereskan sebelum kuliah bermula.kali ni luar biasa sikit jumlah student yang berdaftar(dalam 2500) dan semenjak gua job di Uitm,ini adalah kemasukan yang paling ramai.dengan musim world cup yang tengah sedap-sedap baru- baru ni kemudian campur pulak kerja yang hari-hari bergunung,gua pun dah tak reti nak explain 'manusia' jenis apakah gua sekarang ni.balik rumah badan tired gila bola yang 2.30 pagi tu biasanya memang gua saja bazirkan elektrik.
kuliah pun dah start ,nampak dari gaya scene kali ni gua kena working 7 hari seminggu,memang kencanglah overtime lepas ni tapi kencang juga tired dan cedera otak yang akan gua rasai!

# kerja itu satu kebajikan,kebajikan putus bila ada 'penyelewengan' !.