Gejala buang bayi yang berleluasa,bunuh ahli keluarga sendiri ,langgar polis ketika bertugas,culik kanak-kanak,tembak pak guard yang cari rezeki di bank,bunuh guna letup-letup dan yang terbaru bakar kemudian buang .
Gua ingat Gambino family,Al-Capone,Yakuza,Sicily scene dan Vito Corleone kena salute scene
kat Malaysia sekarang,meriah !.
Isnin, 27 September 2010
Rabu, 22 September 2010
Jangan Terus Jahanam.

Lepas beli tiket baru tahu ada live kat RTM,tapi kalau gua tahu ada live pun gua tetap pergi jugak,inilah jadinya apabila dah 'ketagih' bola !.Gua teruja bila fan berkata :
-Peteh Terengganu peteh.
-KL lauk je !.
-Tahun ni kita ke Bukit Jalil !.
Tapi form Terengganu dalam kempen malaysia Cup setakat ni memang out,itu gua akui manakala KL gua ingat kalau dapat draw pun jadilah ,apa pun gua berbaik sangka buat negeri gua.

Bila ada live gua tak tahu sama ada stadium memang akan jadi tak penuh atau pun lambat penuh! game berlangsung sengit cuma negeri gua yang lebih banyak mengancam.Tengah-tengah syok attack tiba-tiba KL score melalui satu tendangan free kick dari jarak 35 meter oleh kapten mereka yang amazing dalam match ni. Jadi sekarang :
-Siapa peteh siapa ni ?
- Lauk takkan jadi lauk kalau tak pandai 'memasak' !.
-Tahun 2081 kita ke Bukit Jalil( 80 tahun ambil masa untuk Terengganu champion Malaysia Cup buat pertama kalinya ).
# gua pun dah ada history tengok team Terengganu lost 2 game berturut-turut di home ground !.
Ahad, 19 September 2010
Kembali Dari...
Hari ni baru start kerja dan berposting balik selepas cuti panjang sempena raya ,akibatnya lazy gua bertambah-tambah! aidilfitri seminggu yang lepas pun pada gua takde la havoc sangat,visit ke rumah saudara-mara,kenalan dan member tu biasalah cuma tiap kali aidilfitri hati gua tersentuh apabila terkenangkan seseorang.arwah ayah gua yang dah 'pergi' 12 tahun yang lepas..
Semenjak itu gua tahu banyak perkara takkan sama lagi termasuk nak celebrate aidilfitri .tapi life must go on cuma sesekali gua bernostalgia,gua tahu masa dengan arwah ayah gua tak pernah cukup !
Khamis, 2 September 2010
The Best Job In The World
Band yang begitu memorable buat gua.teringat first time dengar Metallica dulu,gua start dengan lagu One walaupun ketika itu Enter Sandman lebih banyak mendapat airplay dari media hiburan dan member-member gua kemudian lagu instrumental Orion.semenjak dari itu telinga gua tidak pernah boring melayan karya-karya dari Metallica.3 album terawal ketika cliff Burton still berhayat begitu memukau dan gua percaya ramai fan diorang pun berpendapat yang sama.Gua punya ritual kalau dengar lagu tak kisahlah band apapun mesti kena ada The four Horseman dan Orion dalam playlist.Kalau tak dunia muzik gua rasa macam tak 'munasabah' je.
Tapi dari dulu hanya mampu dengar je,agaknya bilalah diorang ni nak singgah buat concert kat Malaysia ni.Gua percaya di negara kita ni ramai yang follower dan fan diorang kan.Lagipun James,Lars,Kirk,Rob pun dah nak masuk 50 tahun gua pulak bukannya makin remaja,ni dah sama macam nak tunggu national team nak masuk World cup juga ni !
' Cliff Burton didn't deserved to die. He was too young and too good to die'!.(komen fan di youtube)
Langgan:
Catatan (Atom)