Ahad, 20 Februari 2011
Fenomena 1990
Respon dari http://lagakepala.blogspot.com
Filem dan lagu ini adalah anthem zaman kanak-kanak gua dan thanks buat bro Zan kerana berjaya refresh balik memory lama gua.Filem terbitan awal 90-an ini begitu sentimental buat gua dan lagu gadis misteri ini adalah salah satu lagu soundtrack filem tersebut.Gua kena akui walau pun jiwa gua ni kuat dengan metalnya tapi lagu dan video klip ini memang buat gua jadi cair sekejap,shooting pulak kat negeri gua yang famous dengan pantainya(Terengganu) memang terbabas punya sentimental.Search ketika era 80-an dan awal 90-an adalah ketikanya karier dan hasil seni mereka berada di kemuncak,album Rampage still menjadi album favourite gua begitu juga dengan Live Unplugged mereka yang gua bagi 5 bintang.
Berbalik pasal filem Fenomena ni,gua takde simpanan vcd atau dvdnya dan hati memang terasa nak tengok balik ,nak harapkan broadcasting kat malaysia ini seolah-olah filem-filem ketika era 80/90-an macam tak wujud dan ada,kalau drama,filem dan lagu-lagu Indon tu boleh pulak bersepah diorang siar,tak faham betul gua dengan orang broadcasting ni,nampaknya lepas ni terpaksalah gua rajinkan diri pergi survey kat kedai-kedai cd ..
Shoot Ramona Rahman ala-ala model iklan shampoo Rejoice ketika di tepi pantai tu memang terbaik !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan