Selasa, 4 Oktober 2011

Hantu Boceng Yang,



Gua buy dvd movie arahan Ahmad Idham ini selepas riot pasal satu scene dalam movies ini yang dikatakan menghina islam dan khabarnya filem ini berjaya collect dalam 5 juta walaupun dilanda kontroversi.Bagi gua movie ini takdelah outstanding sangat tapi gua pernah dengar yang Ahmad Idham pun pernah kata yang dia make movie ini just for fun je . Tahap kelakar pun biasa-biasa saja,melihatkan starting yang banyak dengan adegan humor gua pun tak target yang endingnya macam itu jadinya iaitu konflik percintaaan.Part yang kontroversi tu gua rasa Zizan tak sengaja dan planning pun nak kata macam tu tapi nak buat macam mana di Malaysia ni ramai pihak yang begitu 'alert' dengan hal-hal macam tu walhal surrounding yang dah macam era 'jahilliah' takde pulak yang orang benar-benar 'serius' nak ambil tahu. Sebenarnya lawak-lawak jenis urban ni gua tak into sangat ,macam filem-filem dari Mamat khalid buat gua bolehlah manakala lawak-lawak style Saiful Apek memang personally gua kurang gemar kecuali time dia bersama Senario dulu-dulu.




Sebut pasal Senario gua teringatkan filem ini.Antara filem yang 4-5 kali repeat gua tengok dan memang pecah perut juga dibuatnya,circa hujung 90-an dan awal millenium Senario melalui zaman terbaik mereka melalui sukses sitcom weekend dan 3 movie terawal mereka yang berjaya mencatat box-office di bawah arahan Aziz M. Osman.Gua dulu-dulu follow dan minat juga Senario ni tapi selepas pemergian Yassin dan Apek nampak aura dan fenomena mereka mula menurun,filem-filem seperti Lang Buana, Senario X dan banyak lagi follow-up selepas itu dah mula kurang humor,boring dan kutipan pun takdelah havoc seperti untuk 3 sekuel yang terawal.Rasa suka dan terhibur gua dengan dorang pun terhenti setakat itu je walaupun dorang still survive hingga sekarang dan bergerak dengan 3-piece( Azlee,mazlan,Lan) tapi impak dan aura mereka seperti dah hilang malahan gua tengok sekarang ini mereka seperti banyak sangat mengarut dan terlalu kebodohan dalam melawak.

Start dari gua buy dvd Hantu boceng ni hanya sekali je gua tengok dan takde lagi gua rasa nak repeat tengok,rasa nak pulangkan balik pada seller adalah.



Ini baru sebahagian part movies ni,kalau layan yang full memang berair mata dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan