Ahad, 9 Oktober 2011

Menjelang Game Terengganu Vs Kelantan



Stadium ini sebelum collapse berkapasiti 45,000 dan merupakan stadium terbesar area pantai timur.Masuk 3 tahun semenjak ianya ditutup tapi still tiada kerja -kerja maintanance dilakukan sedangkan kebangkitan sukan di negeri Terengganu membuatkan keperluan untuk menggunakan stadium begitu mendesak sekali.



Stadium yang telah berusia lebih dari 30 tahun yang turut menyaksikan jatuh bangun sukan dan pembangunan di negeri Terengganu.Berkapasiti 15,ooo sebelum sebahagian tempat penonton telah dibuang kerana faktor usia dan kini hanya mampu memuatkan 10,000 orang.

Game esok akan :

- Di banjiri ramai crowd dari kedua-dua team.Memandangkan stadium hanya mampu memuatkan 10,000 orang maka akan terjadilah 'crowd kat luar lagi ramai dari dalam stadium'.

- Hanya 10% diperuntukkan untuk fan Kelantan (gua tahu fan Kelantan dah start mencarut bila dengar news ni).

- Game yang paling highlights untuk quarter final Piala Malaysia tahun ini.Pemenang game ini di lihat mampu untuk mara ke final.

- Ulangan final Fa Cup yang berlangsung kira-kira 4 bualn yang lepas.Kelantan semahunya membalas kembali frust yang mereka alami manakala negeri gua Piala Malaysia adalah kejuaraan yang 'wajib' untuk dimenangi.

- Game dijangka tegang tapi mengikut pengalaman gua fan kedua-dua pihak tidaklah seteruk 10 tahun lepas di mana kekacauan confirm akan berlaku.Satu lagi gua rasa yang team lover takkan bertindak liar dan ganas,yang biasa buat macam itu adalah fan yang 'kononnya' peminat.

- Tiket naik rm 5 dari normal price iaitu rm 10.Satu strategi marketing yang secara automatiknya mengundang cacian dan makian dari peminat dan gua sendiri(tengah mencarut ni).Price dengan ulat tiket tak tahu lagi berapa yang akan dijual,maybe akan cecah rm 30!.

- Melihatkan prestasi semasa gua merasakan advantage untuk Kelantan,ini kerana Tganu untuk 6 game di group stage tidak begitu konsisten walaupun mampu mencapai result yang baik.Match ketika lawan Sime Darby dan Pkns Tganu tampak bergelut untuk mencapai kemenangan.

- Team adik iaitu T-Team yang juga layak ke quarter final gua hope akan mampu untuk meneruskan momentum ataupun setidak-tidaknya menjadi pengacau dalam saingan untuk ke semi final.

# hope pihak stadium reserve satu tiket untuk gua sebabnya gua tak beli lagi ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan