Selasa, 15 Disember 2009

skrip bolasepak sukan sea 1989 dalam pembikinan


walaupun hanya berlevel sukan sea kejayaan skuad bolasepak negara kita tetap gua pride...antara gold ataupun silver itu akan ditentukan dengan vietnam di final nanti tapi gua rasa sea games kali ni maybe ada something yang akan berlaku.something yang akan melenyapkan penantian skuad bolasepak kita selama 20 tahun ni.sebelum ini banyak sekali kritik dan komplen yang ditujukan terhadap perkembangan bolasepak negara,ada yang pada gua betul-betul bernas dalam memberi usul dan pendapat tetapi banyak juga yang gua rasa terlalu skeptikal tetapi dengan kejayaan semalam segala kritik dan kutukan seolah-olah diam seketika.semua orang bercakap tentang kejayaan kita menewaskan Laos .hari ini kat tempat kerja gua tidak kedengaran orang yang bersembang tentang politik yang tak tahu hujung pangkal mahu pun gossip yang adakalanya meloyakan.ada sorang member gua yang cukup anti dengan bolasepak malaysia teapi tiba-tiba je boleh sapa gua pasal match semalam..itulah aura sukan yang bernama bolasepak ni,kerananya kita boleh jadi marah-marah tetapi kerananya juga gua rasa hari orang malaysia tersenyum lebar.kalaulah negara kita menang world cup ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan