KUANTAN: Seorang nelayan, Sulaiman Hamat, yang disabitkan kesalahan membunuh peniaga, selepas menculik mangsa pada 22 Mei 2006 masih mampu tersenyum walaupun Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.
Sulaiman, 39, yang berjaket denim kelabu dan berseluar jeans tidak menunjukkan sebarang reaksi selepas keputusan hukuman dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mariana Yahya.
Malah, dia bersalaman dengan beberapa polis mahkamah sebelum diiring keluar ke lokap sementara menunggu dihantar ke penjara.
Sulaiman dituduh membunuh Wong Geet Yin, 50, dari Jalan Wong Ah Jang, di sini, selepas meminta wang tebusan daripada keluarga mangsa RM10,000 yang dibayar secara ansuran pada 23 dan 24 Mei 2006 di tempat yang diarahkan. Bagaimanapun, tertuduh tidak menepati janji menyerahkan mangsa selepas wang dibayar. Dia ditahan di luar restoran di Jalan Pantai Sepat, Kampung Sungai Soi pada 29 Mei 2006 sebelum menunjukkan mayat mangsa dibuang di kawasan belukar Kampung Anak Air, Peramu, Kuantan pada 29 Mei 2006, kira-kira jam 7 malam dengan kesan cedera di kepala.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa raya Ahmad Fadhli Mahmud, manakala tertuduh diwakili peguam, Che Ariffin Mohd Ali.
Mariana ketika membacakan alasan penghakimannya berkata walaupun tertuduh menafikan semua maklumat mengenai kes itu termasuk barang bukti, tetapi pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.(harian metro 30 jan 2010)
*gua ingat dia mati dalam iman kot ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan