KALLI KUMARI BISWOKARMA menjadi mangsa kekejaman kerana kemiskinannya.
------------------------------------------------------------------------------
DI sebuah perkampungan di Nepal, Kalli Biswokarma melalui detik paling hitam dalam hidupnya apabila dia diseksa dengan penuh kejam oleh jiran-jirannya sendiri. Ibu yang berusia 47 tahun itu dipukul, disepak dan ditumbuk kerana dia dituduh memberi sumpahan sihir terhadap guru sekolah yang sedang jatuh sakit.
Paling menyayat hati, Biswokarma dipaksa makan najisnya sendiri oleh kumpulan terbabit.
"Saya menjadi mangsa kerana status saya sebagai wanita yang miskin," beritahu Biswokarma yang merupakan komuniti Dalit iaitu kumpulan kasta terendah dalam hierarki Hindu.
"Kira-kira 35 orang telah datang ke rumah dan membawa saya lari. Mereka menempatkan saya di dalam bangsal lembu dan dipaksa untuk memakan tahi sendiri. Apabila saya mengadu dahaga mereka memberikan air kencing sebagai minuman.
"Keesokan harinya mereka juga memotong kulit saya dengan menggunakan pisau. Saya tidak tahan dengan penyeksaan itu dan terpaksa juga mengaku diri seorang ahli sihir untuk menyelamatkan hidup ini walaupun ia tidak benar," katanya ketika ditemui di Kampung Pyutar yang terletak kira-kira 40 kilometer ke selatan Kathmandu.
Seramai seratus orang wanita Dalit terpaksa berdepan dengan pengalaman pahit yang sama setiap tahun apabila kepercayaan tahyul dan diskriminasi kasta masih diamalkan oleh masyarakat.
# matlamat untuk membina ataupun mewujudkan sebuah dunia yang adil dan saksama hanyalah semata-mata impian kosong!.dimana-mana bahagian dalam dunia ni berlaku penindasan,peperangan.penganiayaan dan penderitaan.semua manusia dijadikan sama,mereka dianugerahkan oleh "pencipta" mereka hak-hak tertentu yang tidak seharusnya dipisahkan daripada mereka.antaranya kehidupan,kebebasan dan kebahagiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan