Hari ini baru rasa betul-betul berprestasi terbaik kembali selepas gua dilanda deman 4-5 hari yang lepas.Gua ingat dah lama gua tak deman yang kuat camtu,last time kalau tak silap gua tahun 2004.Time tu punyalah dashyat gua deman sampai tak boleh nak bangun dan badan pula punyalah hot dah rasa macam kena masak.itulah juga yang kembali melanda diri gua baru-baru ini,badan rasa hot tu gua boleh tahan lagi tapi bila masuk bab-bab berair hidung dan bersin je memanjang,time inilah gua rasa bertapa nikmatnya ketika sihat.
Gua cuti 2 hari pergi klinik cari ubat,kat rumah rest cukup-cukup,sambil-sambil tu gua berfikir,agama mengatakan sakit adalah mencuci dosa-dosa yang telah/pernah dilakukan. Memang lama dah gua tak sakit,tertapi adakah gua bersyukur ataupun berterima kasih dengan nikmat sihat yang diberikan sebelum ni ?Adakah gua selamanya akan senantiasa sihat ?Adakah sakit ataupun penyakit yang tuhan cipta itu kerjanya hanyalah nak menyusahkan hidup?Banyak soalan di fikirkan yang mana gua sendiri pun takde jawapan dan tak reti nak menjawab tapi satu benda yang gua sedar dan kena akui yang gua selama ni adalah insan yang lalai!.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Semenjak kembali sihat semacam ada satu kelapangan dan kelegaan yang gua rasakan di dada,kepala otak dan fikiran.seperti fresh ataupun seperti baru sudah kena format.satu lagi dalam kepala asyik terkenangkan Liv Tyler je.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan