
Ni mags arena bolasepak yang paling lama yang still ada dalam collecttion gua dan ini adalah issue sebelum world cup 1990.siapa yang beli memang menjadi misteri hingga sekarang memandangkan dalam famili gua takde sorang pun yang suka membeli dan membaca mags ni.tolak gua sorang je yang buy and collector.mags ni memberi sentimental buat gua kerana inilah mags yang mula-mula sekali gua baca dan membuatkan gua mula follow dunia bolasepak.

Ni pulak time form 5,buku kerja sekolah yang balance tak guna gua ambil untuk jadikan konon-kononnya eksplopedia bola.apa-apa story pasal bola dalam paper masa tu memang gua gunting dan paste dalam buku ni.Yang ni adalah 'special edition' untuk world cup tahun 1994.spirit bola kalau dah datang orang pandang serong pun memang gua tah heran !

Inilah rupa isi kandungan eksplopedia buatan gua.time ni memang gua tengah gilakan brazil,itulah pasal sebenarnya dalam book ni banyak berita dan photo-photo match yang membabitkan skuad samba ni.

Tahun di mana Romario menjadi king.photo ni adalah match ketika Brazil melawan cameroon.part yang gua highlightkan tu adalah player Cameroon yang selepas habis world cup 1994 beraksi di liga bolasepak negara kita bersama dengan negeri Perlis.
------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya banyak lagi yang gua nak story tapi tunggulah. gua ingat nak buat post bersiri pasal bola ni,maybe akan cecah beribu siri kalau gua berprolifik dalam create posting ni,lagi pun gua dengan bola ni memang tak akan pernah selesai !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan