BALLON D'OR 2010
1st | Lionel Messi | 853 | ||||
2nd | Andrés Iniesta | 674 | ||||
3rd | Xavi | 634 |
Messi dah familiar sangat ,bagi gua bagi kat Xavi pun layak juga memandangkan kosistensi beliau sepanjang kerjaya di Catalan,tambahan pula tahun ni dia pemenang world cup .Memanglah vote di kira dari sukses dan pencapaian dalam satu musim tu tapi adakalanya gua rasa populariti pun menjadi sebahagian kriteria juga dan jika faktor ini di ambil kira memang tak 'layaklah' untuk Xavi dan Iniesta.Bukan gua tak kagum dengan Messi tapi kalau difikirkan betul-betul Xavi-Iniesta yang membikin sebahagian besar Messi dalam membina reputasi dan kemegahannya.
Gua teringatkan seorang lagi ikon yang sangat gua kagumi iaitu Paolo Maldini, pencapaiannya memang diketahui umum tapi dia tidak pernah diiktiraf Fifa dalam Ballon D'Or ,paling hampir pun tempat ketiga tapi tahun mana gua tak ingat dah,gua hope selepas ini Fifa akan mengambil kira player-player yang aksinya 'di belakang tabir' tapi bermain dengan penuh kosistensi seperti yang telah ditunjukkan oleh Xavi,Maldini,Giggs,Scholes,Makelele dan ramai lagi dalam memberi awards dan kemashyuran.
# Guordiola,Xavi,Iniesta dan Messi atas satu stage memang rare dan stylo ,dah macam ambil awards oscar untuk filem Godfathers !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan