Rabu, 16 Februari 2011

Gary Moore Dan Gua



Album yang still relevan dalam setlist favourite gua.

Berita kematian Gary Moore agak mengejutkan,beliau dilaporkan mati di sebuah hotel di Sepanyol akibat heart attack dan bila dengar je news ni serta merta gua teringatkan karya seninya yang gua akui ada tempat tersendiri dalam hati dan life gua bersama gitar Gibson Les Paul yang begitu sinonim dengannya.Ramai fan akan merujuk Still Got The Blues apabila berbicara tentang GM begitu juga dengan gua yang juga mengenalinya melalui lagi ini.Dengan riff yang mendayu dan lirik-lirik yang mendalam gua mula follow GM ni walaupun time tu bunyi-bunyi dari wilayah Seattle begitu dominan buat gua.Photo di atas tu adalah 2 album beliau yang still dalam simpanan dan selalu juga gua dengarkan,bermacam jenis gitaris yang ada dalam dunia ini tapi kalau mahu mendengar dan mengkaji feeling serta soul dalam teknik gitar atau pun pure sound dari Les Paul cubalah dengan GM.Beliau membuatkan muzik blues itu relevan dan popular di khayalak ramai dan gua percaya takkan ada lagi musician yang ada style macam GM untuk era kini,satu kehilangan yang memang dirasai oleh ramai fan beliau gua rasa....



Antara yang terbaik !

Dear Gary. You have been with us when life got hard. Only you understood what the blues is really about. The story of the blues has come to an end, but the world will remember you for your understanding of the melancholic side of the human mind and of our emotions. You will not be forgotten..(fan comment from youtube).


One of the greatest giutar players of all time,

rest in peace,

thanks for your art...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan