Rabu, 15 Jun 2011

Deman Fa Cup



Fever Fa Cup tak habis lagi gua sambut,maybe sebab feel 'don't believe' tu kuat lagi terasa kot...Tapi story pasal Daudsu memang gua kasihan la kat dia,kaw-kaw kena hentam dan kutuk sampai hilang semua jasa-jasa dia sebelum itu.Dalam facebook macam -macam page yang diwujudkan dah macam Daudsu tu peserta Afundi jadinya.Sebut pasal Daudsu gua teringat kisah Andreas Escobar ketika world cup 1994 tapi takkan fan di Malaysia terutamanya Fan Kelantan nak bertindak sekejam itu pulak kan....
Ramai yang cakap ini antara final terbaik semenjak kejohanan ini diadakan 21 tahun yang lepas,gua bersetuju dan gua bertuah kerana bersama 85000 orang fan di dalam stadium Bukit Jalil menyaksikan satu match yang mendebarkan dan penuh drama walaupun pada awalnya gua dah frust dan potong angin apabila Kelantan leading dalam minit ke-80 tapi bila mengenangkan hampir 7 jam tempoh untuk sampai ke Bukit Jalil dan suasana kalut ketika nak buy tiket final baru-baru ini gua cuba berbaik sangka dan beberapa saat menuju penamat keceriaan kembali dan start dari itu gua pun all out punya sorakan dan sokongan.
Kebelakangan ini kalau outdoor mesti jersi Terengganu gua pakai,start dari final hari tu tak basuh-basuh lagi!!!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan