Ahad, 7 Ogos 2011

Deadliest Roads



Memang mendebarkan!.itu yang gua anggap pasal dokumentari ini.Tentang 3 orang truck driver yang datang dari Us dan Kanada diberi tugas menghantar barang-barang pembinaan loji air di banjaran Himalaya dengan terpaksa menlalui jalanraya yang dibina di lereng bukit yang mana keadaannya begitu berbahaya sekali.Bayangkanlah apabila tayar lori hanya beberapa inci je jaraknya dengan gaung yang dalamnya 3000 meter ke bawah.Kalau jatuh memang sahih dan confirm bye-bye!.
Ditambah pula dengan style driver kat situ yang memang celaka la,ada ke patut jalan yang danger dan extreme adventure macam tu boleh pula dorang memotong dan bawa lebih kurang je.Walaupun di sepanjang jalan dan di dalam gaung kat bawah terdapat banyak rangka kenderaan yang telah terlibat kemalangan namun orang-orang kat situ gua ingat takde bawa apa-apa perbezaan pun,memang hati kering dorang ni.
Setiap driver dibekalkan dengan seorang kelindan yang akan menjadi pembantu kepada driver tersebut.Penting peranan dorang ni,kalaulah kelindan takde gua ingat tak sampai truck tersebut ke lokasi.Sorang tu awal-awal lagi dah give-up apabila dia berjaya menghentam 2 kereta sebelum tiba di banjaran Himalaya lagi.
Sorang lagi driver perempuan(berani dia ni)masuk hari ke-2 baru dia give-up selepas menlihat tayar trucknya beberapa inci je lagi dari gaung yang betul-betul tinggi.





More story lu orang tengoklah sendiri dokumentari ini di chanel 555 History,hari apa gua dah lupa tapi jangan khuatir sebab astro biasa repeat story,Gua ingat Schumacher atau Valentino rossi pun tak berani buat pemanduan gila ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan