Khamis, 18 Ogos 2011

Majalah APO?



Ini edisi bumper puasa,bumper aidilfitri akan menyusul untuk keluaran 304.

Seingat gua tahun 2006 gua start stop buy mags ini.Satunya gua dah mula rasa boring dan tahap lawaknya pun dah mula menurun .Ingat lagi time dorang start lauching dulu dan gua start buy issue no.2 yang berharga $1 dan sampai sekarang still ada dalam simpanan gua.Tapi ada satu yang tak boleh blah dari life gua pasal APO? ni iaitu edisi bumpernya.Walaupun gua dah stop buy APO? ni dulu yang edisi bumper ramadhan dan aidilfitri memang gua tak miss buying.Setiap kali nak raya bumper APO? memang menjadi kemestian buat gua terutamanya bacanya ketika menjelang aidilfitri, memang rasa syok dan touching....
Tak silap gua ada satu edition tahun 2002 punyalah tebal bumpernya sampaikan jenuh nak habiskan,mesti hilang rambut dan migrain tahap gaban la kartunis nak siapkan bumper tu.Memang menjadi kepelikan buat gua bila memikirkan macam mana mereka boleh stay dan memerah otak cari idea untuk menyudahkan setiap issue.



Gua tahu pic kat atas terbalik tapi memang gua sengaja abaikan sebab malas nak rotate.

Lambok adalah kartunis yang paling gua suka dalam APO? sebabnya idea lawaknya memang lawak,brilliant dan dia punya style memang berbeza dengan kartunis yang lain.Kartun kat atas tu adalah contoh terbaik trademark Lambok dan serius gua terbahak-bahak selepas membacanya.Tapi now bagi gua APO? dah kurang dia punya aura begitu juga dengan scene majalah kartun kat Malaysia ni.Adakalanya lawak yang ada dalam setiap edisi adalah lawak yang sama,lawak bodoh dan yang lebih parah memang tak lawak langsung!.
Lawak dulu-dulu sangat berkesan dan mampu menarik ramai peminat adalah kerana lawak ketika itu bersifat alert akan hal-hal semasa menyentuh dan menegur secara humor habit orang kita dan gua rasa mesej begitu ditekankan walaupun ianya sekadar sebuah kartun. Apasal apa-apa perkara kat Malaysia ni kalau yang bersifat amazing dulu-dulu now dah atau akan jadi jahanam?.
Kalau lu tanya gua akan salahkan orang-orang politik dan media-massa yang suka sangat mengempar-gempurkan apa-apa berita dan issue sampaikan gua rasa pemikiran ramai rakyat di Malaysia ni pun ikut jadi jahanam.Balik pasal scene humor tadi,gua percaya medium humor jugalah adalah sebahagian dari cara dakawah bukannya setakat baca kemudian bergelak ketawa.

# News ini maybe dah berlalu tapi gua ingin mengucakan takziah buat saudara Qayyum yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Jun 2011
Al-Fatihah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan