Ahad, 4 September 2011

Filippo Inzaghi



Bila memikirkan special talent yang dimiliki dia ni gua rasa tak patut betul untuk Allegri tidak meletaknya dalam planning Milan untuk kempen dalam kejohanan Eropah season ini.Walaupun usianya sudah hampir nak cecah 40-an dan memiliki game style yang adakalanya menyakitkan hati fan dan team lawan,rasanya semua fan akan bersetuju jika gua menganggapnya antara the best striker yang pernah disaksikan dalam dunia bola sepak.Sekiranya dia tidak digugurkan gua percaya rekod top scoring untuk competition Eropah mampu untuk dia pecahkan yang sekarang ini dipegang oleh Raul dengan 73 goal,gap 3 gol dengan Inzaghi.Gua pula takdelah minat sangat dia ni tapi bila dipikirkan balik rasa suka juga tengok dia main terutamanya reaksinya apabila dikesan offside dan telatahnya ketika celebrate goal, cukup calourful...



Jersi yang gua dapat dari online bundle ketika Inzaghi bermain untuk Juventus ini antara koleksi yang gua sayang sebabnya condition yang masih cun, dan made by Italy,kena pulak ngam dengan badan gua manakala no. dan nama tu memang dah ada sekali.Story sikit pasal skuad Azzuri ni,gua tengok team dorang sekarang betul-betul ketandusan back-up player untuk menggantikan ramai player mereka sekarang yang dah veteran benar untuk memberi saingan dalam bolasepak antarabangsa.Tengok negara Sepanyol,Jerman,Belanda,Perancis dan England yang memiliki begitu besar kelompok young player yang bagus dan ada sebahagiannya dah mula menjadi sebutan fan seantero dunia tapi boleh dikatakan tidak pula kita mendengar progressing atau pun generasi baru bolasepak Italy.



Super Pippo !.

# " He was born offside" - A. Ferguson.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan