
Semalam selepas layan game Piala Malaysia gua plan nak tengok pula game Barcelona vs Osasuna,sambil waiting tu tangan tertekan chanel MTV dan suprise juga apabila Nirvana special akan disiarkan.Sejam setengah program itu dipenuhi dengan show mereka di Seattle ketika album masterpiece mereka iaitu Nevermind baru release 1 month yang seterusnya mencetuskan fenomena muzik Grunge di seluruh dunia,selebihnya adalah beberapa track dari Unplugged in New York dan klip-klip video dorang.Show dekat Paramount Theather tu memang cun gambar dia,gua ingat ini version yang sudah upgrade denagn teknologi sekarang,memang syok betul menegoknya....

MTV tribute slot ini untuk 20 year anniversary album Nevermind Mereka .Walaupun Dave Grohl dan Foo Fighters seperti meneruskan legasi dan kini menjadi antara band yang begitu sukses,keadaannya tak sama ketika Grunge berada di kemuncaknya.Nama Nirvana dan muzik Grunge sentiasa terasa sentimental value buat gua hingga sekarang sebabnya mereka adalah kelahiran dan kematian sebuah zaman.Mereka seperti last generation yang begitu talented dan out-spoken sebelum muzik dunia bertukar menjadi crap,not alive dan trendy semata-mata.Mana perginya pemikiran,artistik dan philosophy dalam muzik atau muzik hanyalah semata-mata untuk hiburan kosong atau agen menambah dosa ?..
Serius gua geram tengok boxset Nevermind tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan