
Terbeli kelmarin walaupun hanya yang Malaysia edition tapi memang gua punya keazaman selepas ini untuk dapatkan yang international pressing sebabnya album-album Pearl Jam (PJ) yang dah ada dalam collection gua takde lagi yang Malaysia edition.Kebiasaanya mereka akan mengeluarkan setiap album dengan package yang menarik ,selalu tanpa casing,berdesign booklet dan dihiasi photo-photo yang rare dan kerana inilah gua suka collect apa-apa item dari PJ.
Ini adalah album studio yang ke- 9 PJ yang tegar bertahan semenjak kemunculan Seattle Sound dan serangan muzik Grunge yang pernah menawan muzik dunia ketika awal 90-an .Direction muzikal mereka begitu berbeza seiring dengan peningkatan usia dan kemalapan Grunge yang mana banyak band –band yang yang seangkatan mereka yang kini berstatus legend telah pun berkubur.Masuk era millennium nama PJ seolah-olah telah hilang walaupun mereka tetap merelease tapi album seperti Riot Act kedengaran begitu boring dan kurang diberi perhatian jauh dari standard album mereka ketika dekad 90-an..Nama Eddie Vedder di era Millenium lebih sinonim dengan kerja kebajikan dan aktivis yang dilakukannya berbanding statusnya sebagai vokalis untuk sebuah band Rock antara yang paling sukses.
Album Yield adalah album dorang yang paling gua suka walaupun mereka begitu bombing dan hebat dengan 3 album terawal ketika zaman Grunge berada di frasa kemuncak, dan album Yield jugalah yang terakhir buat gua betul-betul ‘mendengar’ PJ manakala album-album selepas itu sumpah gua tak suka dan gemar . Tapi 2 album terakhir mereka termasuk album Backspacer ini seperti ingin menberitahu yang meraka mahu memberi kembali energy lama mereka dan yang paling penting masih relevan dan kembali rocking !!!.Gua cukup enjoy dengan album Backspacer ini,feel yang dah lama gua tak rasai sejak album Yield kembali terasa.

11 track yang boleh dikatakan sedap-sedap belaka manakala 'the Fixxer' dan 'Just Breathe' menjadi single untuk album ini .Album yang membuat gua kembali betul-betul mendengar PJ dan selepas era album Yield inilah karya mereka yang terbaik buat gua.3 album terawal ketika era Grunge berada di kemuncak adalah masterpiece dan combine dengan album Backspacer ini memang langit dengan bumilah tapi signature PJ tetap terserlah.Macam lagu force of Nature,gua cukup suka arrangement dan melodinya manakala part vokal apa yang gua boleh cakap ,Eddie Vedder adalah the best voice in the world !!!.satu lagi bab songwriter yang begitu memberi inspirasi dan adakalanya gua anggap words of wisdom.Start dari zaman sekolah hinggalah sekarang PJ adalah antara perkara yang gua tak pernah missing dan berhenti mengikuti mendengar dan meminati ,seolah-olah ianya juga sebahagian yang membentuk pemikiran gua.
Dah tu-tua dorang ni tapi still powerful dan tak hilang aura!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan