Khamis, 8 September 2011

Tom Hanks

LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Tom Hanks memberikan wang sebanyak AS$25 (RM74.56) kepada satu pasangan yang benci filem lakonan terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu memberitahu Hanks, mereka tidak menyukai filem komedi Larry Crowne yang dibintanginya bersama aktres Julia Roberts.

Dia membayar pasangan itu selepas berbual dengan mereka semasa mengisi petrol ke dalam tangki minyak keretanya dekat Pacific Palisades, California, baru-baru ini. Hanks dikatakan berkata: "Saya meminta maaf kerana anda kecewa tetapi bagaimana jika saya membayar semula tiket wayang anda.?"

Menurut majalah National Enquirer, Hanks dilaporkan menyeluk sakunya dan menyerahkan wang AS$25 kepada pasangan itu.

____________________________________________________________________________________

Gua sanggup beri balik $100 untuk lakonan Hanks dalam filem ini .Beribu atau beratus sudah movies/filem yang gua watching dan ini antara filem yang begitu meaningful dan terbaik buat gua.Tom Hanks adalah actor yang paling gua suka dan minat selain Bruce Willis dan Robert DeNiro disebabkan gaya actingnya yang berkesan dan mantap.Serius gua rasa Wataknya dalam movies ini begitu member inspirasi dan seolah-olah mengajar gua untuk cubalah memandang dunia ini dari side yang berbeza.

First time gua watch movie ini tahun 1998 kalau tak silap dari video tape(vhs) yang disewa dan awal-awal ketika gua start bekerja dan mencari duit sendiri antara target gua adalah gua mahu collect semua filem lakonan Tom Hanks dan sehingga hari ini tak complete lagi kerana ada beberapa filemnya yang begitu rare.Untuk filem Forrest Gump ini gua ada yang version vcd juga manakala tape vhs yang gua sewa dulu memang gua tak hantar sebab nak buat koleksi tapi tuhan maha kaya,tape tu hilang entah di mana...

Filem ni banyak menang awards dalam pelbagai kategori,lagi detail kat sini.




Scene Hanks pergi visit pusara bini dia memang emo,menitis juga buat gua.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan