Band heavy metal yang paling ramai follower di Negara kita.Bermula di era lewat 80-an dengan lagu rock kapak dan jiwang sebelum menukar direction muzik ke arah yang lebih keras melalui album ini yang pernah mencetuskan fenomena muzik metal dalam persada muzik mainstream Negara.Ketika album ini release dalam tahun 1995 ketika gua darjah 5 jika dikenang kembali begitu nostalgic kerana ini antara album-album terawal ketika gua start ‘mendengar’.Time tu gua ingat lagi buy yang pirate yang berharga rm5,siap ada lirik lagi dan kalau nak compare dengan yang pirate zaman sekarang memang cincai gila .Boleh kata hari-hari gua pasang dan dengar album ni manakala di sekolah pulak siap ketuk-ketuk meja dalam kelas sambil mulut humming muzik lagu John Jenin dan Selendang merdeka.
Tapi band Xpdc ni payah betul nak tengok dorang perform dalam tv.Seingat gua adalah sekali gua pernah tengok dalam show Muzik-Muzik tahun 1997 kalau tak silap dan dorang nyayi lagu Kenapa Apakah dalam version akustik.Punyalah kuat penangan album ini untuk family gua sampaikan emak gua pun boleh suka lagu-lagu dalam album ni terutamanya Titian Perjalanan dan Hijau Bumi Tuhan.Nama J.S Kevin memang tak boleh dipisahkan dengan band Xpdc dan buktinya kesemua 10 track dalam album ini adalah ilhamnya tapi sayang composer sehebatnya tiada galang ganti semenjak arwah meninggal dunia.Signature lagu-lagu beliau memang gua kagumi dan tidak jemu untuk didengarkan halwa telinga contohnya lagu Hijau Bumi Tuhan,titian Perjalanan,Hentian Ini dan banyak lagi yang gua anggapnya sebuah lagu yang ‘indah’.Cd ini gua buy kalau tak silap dalam 2-3 tahun yang lepas dan dalam koleksi gua album Timur Barat dan Darjah Satu je yang gua tak upgrade to Cd lagi.Selepas album v6 gua dah mula slow dengan Xpdc ni malahan album terbaru dorang Rasopariso pun gua tak dengar-dengar lagi hingga sekarang.Nak kata dah boring pun tak juga tapi lebih kepada kekangan masa dan fokus, extra pula now busy dengan kerjaya.Tapi sesekali dengar album kita Peng-Yu ni memang sentimental value betul dibuatnya.Macam lagu ‘kita peng-Yu’,’Selendang merdeka’,;Ntahapahapantah;, dan ‘John Jenin’ memang create untuk banging ,sound pun dah macam Metallica bunyinya tapi balance juga dengan lagu-lagu slow yang memang ‘mengusik’.Kalau nak dengan rock or metal melayu album ini wajib kena ada dan dengar !!!.
Digelar 'raja funfair' kerana kesanggupan mereka mereka showing di mana sahaja termasuklah area pendalaman dan felda-felda di negara kita.Bunyinya macam tak grand dan luxury langsung kan tapi disebabkan friendlynya dorang dengan fan itulah yang membuatkan album mereka berjaya mencapai selling yang over 100 ribu unit...
Antara track yang paling 'berat'dalam album ini.
Antara yang paling gua suka kerana melodi yang begitu harmoni,lirik yang begitu meaningful dan guitar work yang menarik dari Izo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan