Selasa, 22 November 2011

Basikal Fixie



Gua tengok sekarang trend berbasikal macam photo kat atas ni begitu berleluasa sekali di area tempat gua dan perkembangan ini seiring juga dengan sukses negeri gua Terengganu dalam acara cycling ini untuk negara dan juga level internasional dengan nama Anuar Manan,Azizulhasni,Adiq Husainie dan terbaru Fatehah mustapha yang berjaya menyumbang 3 pingat emas untuk negara kita di Sukan Sea 2011 menjadi bualan dan sebutan.
Sebenarnya memang niat gua dapat gaji ngan bonus bulan December ini nak angkat sebijik basikal fixie ni ,member gua cakap price start dari $ 400 hinggalah ribuan ringgit bergantung dengan spec tapi untuk keperluan gua yang paling basic pun dah cukup,takdenya dalam angan-angan gua nak over shadow Lance Armstrong.
Cycling ni selain dari dapat healthy memang antara perkara yang ada sentimental dalam life gua.sesekali dapat naik basikal adakalanya terasa begitu janggal sekali sebabnya dah begitu lama tak merasa tapi part yang mahalnya memang teringat kembalilah memori time berbasikal dengan member dan dapat round dengan basikal yang telah di modify.Memori macam ni gua rasa setiap orang melaluinya ketika dalam proses menjadi seorang dewasa.
Satu lagi sebab yang membuatkan gua mula datang suka nak bercycling ni sebabnya gua pun dah mula perasan yang perut gua dah mula menampakkan keboroian jadi dengan berbasikal yang bakal dilakukan secara giat selepas ini problem boroi ataupun lebihan lemak dapat gua atasi !!!.



Andrea Tafi yang gua pernah bergambar dan berjabat tangan ketika tahun 2000/2001 kalau tak silap dalam LTDL ketika itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan