2 hari lepas gua menghadiri ceramah pengurusan kewangam dari AKPK yang dianjurkan majikan gua iaitu UiTM Dungun.Peserta diterangkan perlunya pengurusan kewangan yang baik/berhemah, amalan menabung,keburukan kad kredit dan langkah pencegahan dari muflis.
Satu sesi yang ilmiah dan mantap buat gua kerana banyak perkara dan kurang kefahaman terjawab,sepatutnya ceramah yang macam ni lebih banyak diadakan di kalangan penjawat awan dan orang ramai yang gua rasa sebahagian besarnya menghadapai masalah dengan pengurusan kewangan ini.
Pulang dari ceramah gua terus capai slip gaji gua,rasa nak menangis pun ada dan rasa nak marah pun ada,sebabnya banyak pekara dan contoh yang disampaikan dalam ceramah tersebut betul-betul relevan dengan diri gua!!!.
Best Quote dalam ceramah ini:
'Jangan disebabkan duit maruah diri juga turut tercemar'.
Dengar dan fahami maksud yang ada dalam lagu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan