Jika menlibatkan big game ataupun semi final Malaysia Cup ruang atas bangunan ini akan menjadi sasaran fan yang tak dapat masuk ataupun yang memang mahu tengok free tanpa membayar rm10.Kalaulah gua jadi owner bangunan tu gua charge rm 5 dah le,sekurang-kurangnya lepaslah untuk pay bil elektrik.
Sedang player kedua-dua team prepare nak start second half yang ketika itu Tganu sedang leading 1 gol tiba-tiba keadaan jadi gelap.Gua gosok mata gua beberapa kali kot-kot problem dari penglihatan gua tapi apabila dapat tengok satu stadium menyalakan handset dan lighter gua terus nyayi lagu Isabella sambil imagine sedang tengok konsert Search.
Dari kiri Manaf,ashaari dan Muslim.3 star team tganu yang setakat ini gua rasa performace dorang selepas 8 game biasa-biasa saja.Ashaari gua boleh bagi rating 7/10,Muslim pula adakalanya kurang fit untuk bermain maybe sebab dia juga perlu beraksi untuk skuad negara tiap kali ada international match manakala Manaf gua tengok macam orang desperate je main bola dan kucar-kacir jadinya.
Helmi Emiza dalam game ini tidak banyak teruji,kalau tak boleh juga test tahap worst blunder dia tapi gua tergelak apabila seorang fan menjerit terhadapnya ketika injury game time,'Helmi,, please lepas 1 gol macam ko buat time lawan Kelantan hari tu'.
Final result,kedah akan berpuashati dengan result ini manakala gua dah start berkerut dahi dengan performance negeri gua setakat ini,apa yang tak kena tak tahulah...
Bagi gua game semalam adalah:
- Rekod Tganu dengan Kedah sebelum ini memang tak cantik mana,orang kata dah terkena badi.untuk rekod 2 game liga super season lepas Tganu tewas kesemuanya begitu juga dengan season 2010( 1 game di homeground berkesudahan draw 1-1),sebab itulah gua tak expect game dengan Kedah ini akan jadi easy buat Tganu.
- Gua mula ragu-ragu dengan kemampuan dan taktikal Mat Zan.Area midfield nampak ada problem dengan Mat Zan dalam match sebelum ini beliau menggunakan set player yang berbeza.di posisi tersebut Tganu mempunyai Ismail Faruqi,Nordin Alias,Reshafiq,tapi Mat Zan selalunya akan menurunkan Syukur Jusoh dan juga player import dari Brazil Baiano yang kurang kreatif dan imagination dalam mengatur serangan.
- blackout hampir setengah jam jelas mengganggu momentum game Tganu.story pasal fasiliti gua tak rasa keadaan yang ada sekarang baik untuk sukan di negeri gua walhal Tganu adalah juara SUKMA untuk 3 tahun berturut-turut dan juga negeri yang tertinggi dalam menyumbang atlit untuk negara.
- Gol yang cantik dari the silent killer iaitu Ashaari.gua taknak story panjang-panjang sebab dia ni jenis player yang 'jarang-jarang ada dan dah lama kita tak tengok dalam bolasepak negara',statement ini bukan gua yang kata tapi gua copy dari statement Dollah Salleh.
- Ini pendapat gua,selepas 8 game kualiti performance player import sebahagian besarnya adalah 'player tempatan lebih bagus compare dengan dorang!!!'.Teringat gua pada Abbas Saad,walaupun dia juga antara player yang terlibat dengan gejala rasuah tertapi dialah juga antara player import yang meninggalkan impak untuk liga semi pro circa 90-an dulu,apa yang fan nak tengok adalah kualiti biarpun mereka datang daripada negara yang tak familiar kita dengar ataupun bolasepaknya tidaklah sehebat mana.
- Tengok 2 game selepas ini apa result yang akan diraih Tganu,kalau tidak seperti yang diharapkan gua rasa managemeant skuad Peteh seharusnya dah boleh menekan 'panic buttom'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan