Darah Satria adalah filem terbitan tahun 1983(gua baru lahir)yang diarahkan oleh Aziz satar dengan dunia ketenteraan dijadikan tema.filem yang serius dan diselang-selikan dengan gelagat humor Badul apabila menjadi rekrut tentera darat,manakala filem Merah adalah keluaran 1996 diarahkan oleh M.Nasir menlalui production milik beliau sendiri iaitu Luncai Emas.Masa ni Awie adalah aktor melayu yang digilai ramai seperti mana yang dirasai Aaron Aziz sekarang.Salah satu
yang gua suka tentang filem ini adalah lagu soundtracknya yang juga antara lagu yang paling gua suka dalam banyak-banyak lagu hasil nukilan pembikin lagu tersohor melayu siapa lagi kalau bukan M.Nasir.
Banyak vcd/dvd filem-filem melayu gua tengok dijual dengan murah di kebanyakan outlet cd shop.Ini bukan soal up-to-date atau tidak tapi gua memang selalu admire perkara-perkara yang bersifat old dan vintage ini,semacam ada satu pemikiran,tema dan jiwa yang mendalam dalam karya-karya lama ,elemen yang gua tak nampak dan rasa dalam kebanyakan karya-karya sekarang.Satu lagi gua mohonlah supaya broadcasting di negara kita ni janganlah terlalu sangat mengidolakan karya seberang seolah-olah scene di negara kita ni nampak macam takde apa,slogan 'filem kita wajah kita 'takkan sampai matlamatnya jika beginilah direction dan expaction kita terhadap filem-filem sendiri.Satu lagi jadi-jadilah buat filem hantu/seram sebabnya serius cakap ketakutan dan kengerian gua dah lama hilang,gua lagi ngeri taip kali comeback balik accident yang pernah gua lalui sebelum ini.
Now tengah mencari filem ini sebabnya first time gua menontonnya kira-kira 18 tahun lepas babak endingnya membuatkan pipi gua basah kuyup!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan