
Cuti umum seluruh Terengganu kelmarin membuatkan Dataran Syahbandar dibanjiri hampir 15 ribu orang crowd yang mahu menyaksikan penutup LTDL edisi ke-16 ini dan juga untuk bersama -sama memberi support untuk 10 rider yang berasal dari Tganu yang mewakili TSG,Malaysia dan team Champion System dari Australia.Cuaca yang baik sepanjang hari berbanding sehari sebelumnya yang hujan dari starting di Mesra Mall Kemasik sehinggalah ending di Dataran Syahbandar.Gua pula semacam dapat merasakan rider dari negeri gua bakal melakukan satu upset di last stage ini,orang Tganu cakap 'semangat Nelang'!.

Apa yang menarik dengan photo di atas ini?.story sikit pasal sambutan crowd ni,gua tengok pelbagai ragam yang ada dan menarik untuk yang kaki 'menembak' gambar jadikan subjek fotografi,yang paling tertarik buat gua adalah ragam dari majoritinya budak-budak yang keluar beramai-ramai dengan basikal Fixie masing-masing untuk melihat jaguh-jaguh dunia secara dekat.Jika mahu disebut dari sudut inspirasi gua merasakan itulah yang terjadi dan diperolehi di kalangan anak-anak muda kita dan dari pemerhatian gua semangat itu begitu jelas kelihatan di negeri gua.

Andrea Guardini sorang sprinter yang hebat dan payah nak di kejar apabila dia memulakan pecutan,inilah komen Hariff salleh apabila ditanya reporter selepas selesai perlumbaan.Sebelum ini rekod rider yang paling banyak naik podium selaku stage winner adalah Graeme Brown dengan 9 kali dipecahkan di edisi kali ini oleh beliau.Baru berusia 22 tahun dia antara generasi baru sprinter yang dilahirkan Italy gua rasa.Untuk rekod antara sprinter terbaik dunia yang pernah beraksi di LTDL ini adalah Paolo Bettini yang gua sempat menyaksikannya dari dekat untuk edisi yang ke berapa tu gua dah lupa,yang pastinya adalah edisi ketika team MAPEI still menghantar rider terbaik dorang.

Selepas semua rider melintasi garisan penamat gua terus meluru kepada Hariff Salleh yang reaksinya begitu frust dengan kegagalannya untuk naik podium dan sekadar mendapat temapat ke-4.Mendengar komennya terhadap prestasi di LTDL kali membuatkan gua mengatakan tiada apa yang patut dimalukan dan ditangisi.Secara kesuruhan prestasi team TSG lebih baik dari team Malaysia manakala Hariff salleh lebih bagus untuk edisi kali ini berbanding rider yang lebih di sensasikan iaitu Anuar Manan.Antara komen beliau yang gua suka adalah Guardini bagus kerana satu teamnya berperanan dengan berkesan dan baik sekali dan jika dia yang bersama team Farnesse impak yang mampu diberikan pun seperti mana Guardini jugalah.
Souvenir di LTDL kali ini membuatkan gua merasa begitu 'bermakna' memakai kad pengenalan dan dilahirkan di bumi Darul Iman ini.Kredit semua kejayaan yang telah dirasai Tganu setakat ini adalah kerjasama dari holder state yang memberi komitmen,bantuan dan sokongan yang berterusan,ketepikan dahulu scene politik yang kerap kali memeningkan ,bagi gua 15 ribu orang yang hadir di Dataran Syahbandar hari itu terdiri dari pelbagai latar belakang dan aliran politik begitu juga dengan ribuan yang hadir tiap kali menyaksikan team PETEH beraksi.Kesimpulannya sukan adalah agen mengeratkan perpaduan,pergilah tanya Nelson Mandela pun dia akan kata macam tu juga.
Untuk edisi seterusnya gua mengharapkan lebih banyak team-team yang berstatus Pro akan menyertai LTDL ini walaupun tahun ini team Astana Dan Garmin juga hadir memberi saingan tapi ianya dalam jumlah yang begitu kecil.Untuk rekod edisi sebelum ini pernah mendapat penyertaan dari Mapei,AG2R,Credit Agricole,Phonak,Lampre,Saturn,Aqua & Sapone,Mercury dan banyak lagilah,satu lagi pasal survival team TSG gua harap sangat ianya akan berterusan dan bukan bersifat sementara dalam keadaan team itu sendiri sedang menampakkan impak dan peningkatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan