Khamis, 26 April 2012

AFC Cup: Tganu-6 Vs Song Lam-2



 Tiket untuk edisi AFC Cup ni memang menarik,gua ingat nak buat koleksi tapi sampai je dekat pintu masuk yang tukang checking tiket ambil terus koyakkan.Keadaan dalam stadium sedikit quiet  dan attendance pun tak seramai sebelum ini,nak kata ramai yang joint boikot kat luar stadium gua tengok takdelah ramai mana  tapi tipikal la fan kat Malaysia tiap kali  kalah ataupun form menurun memang  kosonglah stadium jawabnya.Untuk game ini kalaulah Tganu kalah lagi di jangkakan fan akan  kembali rebel maybe dalam dos yang lebih gila dan tinggi lagi dari sebelum ini .Di VIP area kelihatan MB juga turun padang  untuk menyaksikan sendiri  game ini,baguslah macam tu kerana biar dia tengok sendiri keadaan team Tganu sekarang ini. MB Ahmad Said satu yang gua puji dia begitu meminati sukan dan mengambil berat akan perkembangannya ,sebab itulah negeri gua sekarang ini mampu muncul sebagai kuasa baru sukan negara dan banyak melahirkan atlit yang bertaraf dunia.

Flyers ini di edarkan di luar dan di pintu masuk stadium dengan sebahagian penyokong berkumpul kerana mogok dengan managemeant dan form terkini Tganu.Gua yang  datang dari Dungun yang jaraknya 75 km dari stadium memang niat nak tengok game ini.Cerita pasal fan yang marah dengan Che Mat Jusoh bukanlah perkara baru di Tganu,semenjak Hairuddin dan ramai star Tganu meninggalkan team ketika awal millenium lagi walaupun prestasi Tganu untuk jangkamasa 10 tahun kebelakangan ini boleh di katakan membanggakan.Memang nampak tganu menurun kebelakangan ini tertapi sebagai follower time inilah player memerlukan support  tapi kalau dah piket  taknak masuk stadium gua ingat tak adil jugaklah untuk player-player yang gua percaya semestinya mahu melakukan yang 
 terbaik buat Tganu.




Inilah sebahagian wajah-wajah yang 'kononnya' berpiket lastlay selepas Tganu leading 2 gol dan game masuk 30 minit masuk juga dalam stadium.Gua lucu juga  dengan dorang ini sebabnya walaupun teruk kena sindir dengan fan yang ada dalam stadium tapi muka sekor-sekor memang selamba gila,orang kita bab-bab boikot/piket ni memang sedap time sebut tapi time nak buat memang fail,kalau fan dekat Argentina gua percayalah dorang punya gila tu stadium pun boleh dorang bakar.


3 gol dari Pok Doe yang nampak tajam tiap kali masuk penalty-box  Song Lam.Gol pertamanya memang cantik apabila berjaya mengelecek bek Song Lam dan terus merembat melepasi jangkauan  goalkeeper.Sebelum itu Kelantan juga menang ke atas Navibank Saigon(Vietnam) dan peluang untuk 2 wakil negara kita ini untuk layak round-2 begitu cerah sekali.Satu kegembiraan juga gua rasa untuk scene bola sepak negara secara amnya.


                                                                                              
Satu result yang upset jugalah sebabnya ini adalah  saingan  yang bertaraf  asia  yang first time Tganu berjaya layak.Gua tengok dalam game ini game play  Tganu banyak berubah dengan area midfield begitu dominan dalam mengatur serangan.inilah corak yang mahu penyokong dan juga gua nak tengok bukannya macam sebelum ini nak dapatkan satu kemenangan bukan main susah,kalau menang pun kebanyakannya 1-0 je  dan desperate gila nak dapatkan lebih banyak gol. 


       


Seminggu dari sekarang Tganu sekali lagi turun kali ini dengan misi yang lebih sukar,menewaskan Sime Darby dengan sekurang-kurangnya 2 clean goal  untuk  mengesahkan laluan ke final piala FA sekali lagi.Gua boleh kata game tersebut  boleh di ibaratkan hidu-mati untuk team negeri gua baik untuk management,mood penyokong dan juga hala tuju skuad peteh untuk season kali ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan