Sebelum beraksi Ac Milan di jangkakan mempunyai peluang yang sama rata melihatkan form dan rekod game dorang sebelum ini,itulah yang diperkatakan oleh ramai pihak dan gua pula teringatkan match Barca-Santos di final kelab dunia sebelum ini di mana masa tu ramai pihak mengatakan Barca bakal 'buku bertemu ruas' tapi resultnya adalah teruk kelab Brazil kebanggan Pele tu kena lauk di Barca(4-0).Gua hanya nak tahu satu je bila bercerita tentang Fc Barcelona ini , dalam kisah epik yang di bawa mereka ini bagaimanakah kesudahannya nanti?.Maksud gua selama mana mereka akan mampu sustain kehebatan dan sukses berterusan mereka ,adakah selepas Messi atau Guadiorla keluar dari Nou Camp,Xavi dan akedemik La Masia mula mengalami penurunan prestasi atau pun kita semua sedang melihat satu gaya permainan bola sepak sebenar yang seharusnya itulah caranya untuk komuniti bola sepak mainkan.
Milan tewas semalam bukan kerana mereka bermain teruk atau pun tidak seperti sepatutnya tertapi apabila Barca bermain di form terbaik mereka kekalahan adalah sesuatu yang pasti.Game semalam gua nak tergelak pun ada melihatkan Clarence Seedorf yang terkial-kial nak adapt game yang berlangsung dalam tempo yang laju sekali manakala Nesta pula tiap kali kena ambush oleh Messi dan frontline Barca berterabur di buatnya.Dengan kekalahan ini Milan akan hanya fokus kepada Serie-A yang mana sekarang ini dorang di saing hebat oleh Juventus dalam posisi menjadi leader manakala kemenangan Barca ini menjadikan mereka sekali lagi favourite champion untuk kali ke-5 dalam club history dorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan