Ahad, 15 April 2012

Rexy Resign

KUALA LUMPUR: Rexy Mainaky hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih beregu wanita negara berkuat kuasa 30 April ini.
Rexy, yang sudah tujuh tahun berkhidmat bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut memaklumkan akan berkhidmat sebagai Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Filipina selama dua tahun mulai 1 Mei ini.
Bekas juara dunia beregu itu berkata beliau telah memaklumkan keputusan untuk meletak jawatan kepada BAM selepas Kejohanan Terbuka Switzerland bulan lepas.
"Ia keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program (JKP) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini.
Mengakui gembira dengan layanan BAM dan MSN terhadapnya selama tujuh tahun berkhidmat di negara ini, Rexy berkata keputusan beliau berhijrah ke Filipina adalah bagi menyahut cabaran baru walaupun mendapat tawaran lumayan dari beberapa negara lain.

" Ia bukan soal tawaran dan wang ringgit...saya ada terima tawaran dari Indonesia, England dan Russia dengan ganjaran kira-kira US$12,000 (RM36,825) sebulan tetapi saya mahukan cabaran," katanya.
__________________________________________________________________________________

Kehilangan seorang coach yang merupakan antara nama besar dalam arena badminton dunia ketika fokus skuad negara kita terarah kepada Olimpik London yang akan berlangsung kira-kira 4 bulan dari sekarang begitu mengejutkan dan bakal merencatkan persiapan pasukan.Gua rasa selepas dia di turunkan pangkat oleh BAM untuk menjadi coach team badminton wanita negara maybe ada sedikit  rasa terkilan beliau di situ dan kemuncaknya minggu lepas dengan satu pengumunan resign dari panel kejurulatihan badminton negara dan Filipina menjadi destinasi terbaru beliau.
Satu lagi kegagalan dari FAM selepas prestasi di Axiata Cup mendedahkan jurang yang begitu besar player pelapis kita untuk bersaing di pentas badminton dunia.Nampaknya kehebatan di Thomas Cup 1992 still menjadi nostalgia yang begitu dirundukan  kalaulah begini perkembangannya dengan skuad badminton kita.




Rexy tell beliau memilih Filipina kerana mahu develope badminton di negara itu tapi buatnya dia pergi ke Korea Selatan contohnya di mana skuad double negara tersebut begitu kuat dan sentiasa ada wakil yang dominan dalam kategori itu barulah FAM tahu apa itu maksud penyesalan.

* Gua rasa nama Cheah Soon Kit patut di pertimbangkan juga dalam panel kejurulatihan badminton negara  tapi kalau dia ada certificate la.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan