Jumaat, 8 Jun 2012

Fever Coming



Antara fever yang pernah berlangsung sebelum ini dan memory gua adalah dengan koleksi buku-buku  special edition,tapi sayangnya untuk edisi World Cup 2002 gua baru tong sampahkan di sebabkan di makan anai-anai.Damn!!!...





Musim produktiviti para pekerja menurun  datang kembali  tapi mujurlah schedule edisi kali ini banyak juga game-game yang sedap akan berlangsung dalam waktu yang agak relevan untuk bersengkang mata fan di negara kita ini.Memory gua dengan Euro ini adalah untuk edisi tahun 1996 di England kerana ianya antara tourment terawal yang betul-betul gua follow-up selepas  gua klasifikasikan gua ini salah seorang follower bola sepak dunia.Tahun di mana skuad England berjaya sampai ke semi final sebelum tewas kepada Jerman melalui  penentuan penalti dan selepas itu England hanyalah sebuah team yang hebat dan meriah dengan liga domestiknya.(sorry,gua memang dari dulu tak minat dengan skuad England ni).....



Edisi 2000 pula menyaksikan Perancis berjaya meneruskan dominasi kejuaraan 2 tahun  sebelum itu dengan menjadi juara di World cup 1998 dan Zindane sekali lagi memberi influence yang besar dalam team yang turut mengandungi 2 young player yang selepas itu  telah di takdirkan akan menjadi 2 striker yang di kagumi dunia iaitu Henry dan Trezeguet tertapi zaman luxury bola sepak Perancis berakhir di World Cup 2002 dengan satu result yang cukup memalukan.Terkandas di group stage  dengan sekadar mendapat 1 mata dari 3 game dan tanpa satu pun gol berjaya di hasilkan .Pada pendapat gua, untuk edisi kali ini gua nak tengok sama ada Sepanyol mampu untuk mengelak seperti mana skrip yang di alami Perancis.Jika tidak macam ada sumpahan la untuk mana-mana team yang menang World Cup dan Euro  kemudiannya collapse macam tu je...

* Team yang bukan bangsawan kena tengok juga sebab dalam history tourment  ini Denmark dan
Greece pernah melakukannya ketika edisi 1992 dan 2004.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan