Sabtu, 2 Jun 2012

Malaysia - o Vs Filipina - 0




FAM tak habis-habis  dengan kelakaran dan kebangangan ,boleh pulak sampai ada 3 set tiket yang berlainan untuk satu game,lainlah kalau tiket yang di peruntukkan memang dah sold-out dan memerlukan extra printed  tapi kalau setakat main friendship takde lagi rasanya dalam history Malaysia tiket boleh sampai sold-out.






Awal June skuad negara bakal menentang 3 game international friendship yang bakal merubah kedudukan ranking skuad negara kita jika berjaya mendapat result yang positif untuk 3 match tersebut.Game melawan Filipina semalam agak memberi gambaran untuk 2 game dengan Singapura selepas ini.Match yang berkesudahan draw 0-0 semalam agak tidak adil untuk fan Ultra Malaya dalam keadaan kita mampu untuk menang sebenarnya jika peluang yang sebegitu banyak dapat di gunakan sebaiknya.Filipina pula bukanlah seperti  negara yang kita ketahui sebelum ini  iaitu antara team tercorot di area Tenggara Asia malahan biasa menjadi belasahan tertapi 2 tahun kebelakangan ini Nampak mereka mula melakukan impak dan progress untuk bola sepak  negara yang lebih gilakan bola keranjang ini.






Matyo agak off-form semalam tertapi frontline skuad negara berjaya membuat beberapa movement yang cantik dan menarik.





Walaupun skuad negara lebih banyak membuat asakan dan game domination tapi Filipina berjaya menyerap setiap serangan malahan beberapa kali juga mereka berjaya mengatur  serangan yang mengancam.Tapi satu yang gua suka dalam game semalam adalah tempo yang laju dan agak tersusun membuatkan ianya seronok untuk di tonton walaupun sekadar friendship game.Safee Ali agak out form manakala Matyo agak lari tuning selepas lama berehat dari injury dan juga dah  lama tak  partner dengan Safee tapi serius gua suka tengok bila dia buat beberapa  dummy yang menarik dan membuka corak attacking negara Cuma yang jengkelnya  beberapa peluang yang sure goal gagal dia manfaatkan.Bagi Filipina seri sudah  memadai tambahan pula bermain luar dari Manila  dengan AFF Suzuki Cup yang akan berlangsung hujung tahun ini  mereka akan ada satu target yang realistik untuk di capai manakala skuad negara kita dengan kira-kira 4 bulan berbaki gua rasa  skuad negara berterusan memerlukan pendedahan dan kompetitif match kerana setiap negara di asia tenggara mahu menewaskan kita di Suzuki Cup nanti lainlah FAM punya target sekadar mahu menjadi penganjur terbaik!.



''Saya sendiri cukup gembira untuk beraksi menentang pasukan kuat seperti Malaysia Meskipun mereka turun tanpa pemain terkuat tapi masih mampu untuk bermain dengan baik Keputusan 0-0 yang dicatatkan dalam persahabatan di Stadium Shah Alam Jumaat lalu itu adalah keputusan seri kedua tahun ini selepas turut terikat 1-1 pada persahabatan pertama di Manila Februari lalu.
“Ini baru skuad bayangan mereka tapi jelas kami masih sukar untuk bergerak
masuk setiap kali mengatur serangan. Ini satu petanda baik untuk pasukan mereka,”


* Gua cuba menyedapkan hati selepas baca statement dari player Filipina ni.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan