Rabu, 13 Jun 2012

Silverchair - Dewan Besar Neon

Semalam time housekeeping bilik boleh pula terjumpa kaset ni yang sebelum ini mati-mati gua ingat lama dah jadi arwah.Album yang release tahun 1999 memang ada kenangan jugalah ,gua buy selepas membaca review album ini dalam paper Harian Metro yang di tulis oleh Saniboey ketika itu memberikan satu komen yang cukup positif dan selepas membelinya  ternyata sound  untuk album ketiga  ini memang cukup berbeza dengan  2 album terawal dorang,dengan penambahan elemen strings yang nampak cantik terutamanya dalam first track 'Emotion Sickness' manakala track-track yang lain memang seronok untuk di dengar.

Dulu time zaman kaset memang gua punya ritual akan tulis date gua buy album tersebut begitu juga dengan album ini yang dah 13 tahun ada dalam simpanan gua.Band 3 piece ini cukup bertuah kerana berjaya mengecap sukses dalam usia yang sebegitu remaja dan album ini produce ketika dorang berusia 19 tahun tertapi kematangan muzikal mereka memang begitu terserlah dan mereka pernah di labelkan sebagai 'The next Nirvana' kerana 2 album terawal yang begitu kuat dengan influnce Grunge.Satu album yang agak personal buat Daniel John kerana ketika ini beliau sedang menderita penyakit Anorexia.

Baju Bundle band dorang ni gua dapat ketika tahun 2000 adalah antara yang gua sayang kerana dalam ratusan helai band t-shirt yang ada dalam koleksi gua ini antara yang paling awal gua dapat sebelum baju-baju begini  melambung harganya dalam bundle market disebabkan elemen rare dan collector item.Ini adalah design dari second album dorang iaitu FrogStomp dengan kat belakang baju ni ada track list lagu dalam album tersebut .






Kenangan zaman sekolah dan ketika cinta monyet inilah yang jadi anthem manakala style rambut Daniel John tu gua habis sekolah tahun 2000 terus gua biar  panjang lebih kurang macam dia .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan