Rabu, 18 Julai 2012

Sifu-Sifu Muzik yang Di Rindui

 
Gua tak  pernah lupa sepanjang proses tumbesaran gua sangat sukakan  lagu “ Dari kekasih kepada kekasih” ,solo gitar ketika di pertengahan dan  semestinya suara Hattan yang berbunyi begitu jantan sekali.Antara Favourite singer gua yang juga  anak buah kepada M.Nasir.Seingat gua tak pernah satu pun album studio Hattan yang gua buy tapi apabila album ini lauching tahun 2002 gua terus buy kasetnya dan itulah satu-satunya koleksi Hattan yang ada dalam koleksi gua.Satu lagu baru iaitu “Dewi” hasil ciptaan arwah Loloq(dia ni pun otai jugak ni) turut  di sertakan selain dari hit-hit terbaik sepanjang karier beliau.Satu lagi yang buat gua suka dengan Hattan ni,lagu-lagu cover jika dia yang bawa mesti sedap di dengar kerana kebiasaannya yang terjadi lagu-lagu  versi original lagi sedap dari yang versi cover .Macam lagu ‘Sekuntum mawar merah sebuah puisi” nyayian asal oleh Alley’kucing’ compare dengan versi yang di bawakan Hattan,serius cakap telinga  gua lagi suka yang versi Hattan   begitu juga dengan lagu ‘Aku dan kenangan’ nyanyian asal  band Brain Connection tapi sayang dalam album ini lagu ini tidak di sertakan sekali begitu juga side-project dengan Wings iaitu 'Dia'.
 

 
Suara yang unik dan agak berbeza dari kebiasaan satu hal ,tapi menyanyi dengan selamba lagu-lagu  yang high-ptch  itulah anugerah yang jarang-jarang ada untuk artis sekarang ni...Bab –bab teknikal vocal gua tahu gua bukanlah orang yang layak untuk nak komen panjang-panjang tertapi bagi gua la,apabila seseorang singer yang  terlalu  bergantung kepada teknik vokal  semata-mata  maka takdelah  natural di situ sebaliknya macam desperate pulak gayanya.



Karya-karya dari M.Nasir adalah harta yang bernilai bagi yang pandai menghargai dan faham apa itu seni.Gua membesar  ketika banyak karyanya lebih bersifat  tradisional melayu dan direction juga lebih ke arah nusantara  seperti mana lagu “ Tanya sama itu hud-hud”,”Bonda”,”Ghazal untuk Rabiah”,”Mentera semerah padi”,”Raikan cinta” dan “Andalusia” tertapi zaman ‘emas’ beliau pastinya ketika era bersama band Kembara dan dekad 80-an.Seperti yang gua tell dalam post-post sebelum ini  dekad  80-an adalah  antara zaman ‘enlightment’  sama ada dalam bidang sukan,seni hiburan dan politik dunia(sayang sekali gua tidak sempat untuk merasainya).
Gua nak tanya satu soalan,dalam banyak –banyak karya beliau  yang manakah  paling best,sedap,berhantu dan yang  paling  memorable?,gua rasa kalaulah gua buat satu poll ataupun bertanya kepada 10 orang yang berbeza contohnya  mesti gua akan dapat  10 jawapan yang berbeza di kala boleh dikatakan banyak sekali hasil karyanya yang sangat bermutu dan begitu mengesankan.Konsert akar yang di rakamkan pada tahun 1995 ini  dah beberapa kali gua tengok sebelum ni,paling last kalau tak silap ketika Aidilfitri tahun lepas  apabila Astro/TV3 menyiarkannya  manakala VCD ini  gua  beli kelmarin kerana  harganya yang hanya rm10.


* Karya-karya lama tersangatlah true pada gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan