Ahad, 12 Ogos 2012

Sesuatu Dari Courier (Nameset)

 Selepas  EURO  berlalu kira-kira sebulan yang lepas ,gua terus berusaha  mencari set original jersi Sepanyol dan Italy,kalau boleh siap sekali dengan nameset dan patch  tapi banyak yang gua survey kat online shop dan Mudah.Com  dah kehabisan stock dan kalau ada pun  price mesti  mahal gila tapi baru-baru ni gua terjumpa satu page dalam Facebook yang sale jersi , patch dan nameset secara berasingan.Jersi Sepanyol boleh di katakan banyak lagi yang di jual tertapi yang Itali gua siap pergi tanya Al-Ikhsan dan MiziSport branch pun dah takde stok,semenjak dapat duit bonus  benda ni betul-betul buat susahkan life dan wallet gua je tapi gua nak buat macam mana kalau dah kesukaan gua camni.

Inilah rupa paras nameset tersebut tapi yang Pirlo tu bukan yang edition skuad Itali tapi kelab dia Juventus manakala Xavi memang yang  dari set  team Sepanyol.Sebenarnya kedua-dua set nameset ni bukanlah yang original tapi yang replica je sebabnya untuk yang original price sampai  dekat $100 satu set memang bukan keupayaan kewangan gua,walaupun hanya replica tapi condition dan detail memang seperti macam yang original.2 playmaker yang paling menyerlah dalam kempen EURO yang baru  berlalu sebulan   lepas dan apa yang gua buat ni gua boleh cakap tribute gua untuk 2 orang playmaker yang sangat kreatif dan menarik style permainannya.Lepas ini kena cari jersi pulak ,kalau takde yang original yang jenis gred triple-A Thailand pun jadilah ...



 Messi memang satu senjata yang merbahaya dan begitu berharga buat team Barca tertapi Xavi  adalah pencetus dan denyut nadi terhadap keseluruhan team.Gua ingat kalau dia takde maybe Messi pun tak mampu untuk  dapat segala luxury yang berjaya diraihnya sekarang.



Ketika bersama  Ac Milan lagi Pirlo sudah berjaya meletakkan reputasinya sebagai  antara mifielder berbakat yang di miliki Itali dan Serie-A tapi yang membuatkan dia ni agak terkebelakang apabila bercerita tentang perkembangan bola sepak dunia adalah  kerana prestasi skuad Azzurri itu sendiri yang merundum selepas dari kempen World Cup 2006 tertapi di EURO baru-baru ini dia bangkit dengan membawa inspirasi yang besar terhadap kejayaan Itali untuk layak ke final dan berjaya  memperagakan  keupayaan sebenar yang dimilikinya.

* Semalam Italian Super Cup antara juara Serie-A Juventus melawan juara Coppa Italia  Napoli di stadium Olimpik Beijing yang berkesudahan The Old Lady menang 4-2 tapi yang menarik perhatian gua adalah new jersi Juve untuk kempen akan datang ini cantik juga,nampaknya kena extra satu lagilah    item dalam list must buy gua selepas ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan