Rabu, 5 Oktober 2011

T-Shirt Anthrax



Kelmarin pusing-pusing bundle dapatlah baju ni..Tauke bundle tu cakap rm15 harganya dan gua dengan tak banyak soal terus bayar tanpa minta kurang pun sebabnya kalaulah tauke bundle tu tahu value sebenar t-shirt ini memang dia akan menyesal gila ,baju ni jika dia kata rm50 pun gua sanggup bayar. Sebenarnya baju-baju T-shirt band yang printed atau keluaran 70-an dan 80-an adalah 'harta karun' untuk yang follow dan minat mengumpul baju band.Ini disebabkan status T-shirt itu sendiri yang mencapai level klasik,rare, must item collector dan dikeluarkan secara limited.



Dalam collection gua setakat ini adalah dalam 10 helai yang gua dah ada untuk design 3 quarter manakala T-shirt biasa gua rasa adalah dalam 30 helai dan selepas ini memang menjadi obsesi gua untuk nak tambah lagi banyak .Pengalaman gua pernah jumpa t-shirt vintage Iron Maiden dan Rolling Stones yang orang selling nak capai 1 ribu sehelai.Bunyinya macam tak masuk akal untuk sehelai t-shirt yang boleh juga dikategorikan baju buruk tapi itulah realitinya.Gua bagi contoh macam Volkswagen,untuk model Combi dan Frog car kalau buyer takde 20-30 ribu memang tak akan sampai hajat nak memilikinya walhal harganya ketika era 60-70-an dulu gua ingat bawah 10 ribu je.Di kalangan selebriti gua tengok band The Times biasa mengayakan dressing T-shirt band ni manakala budak-budak Johor,Terengganu dan Kelantan terutamanya memang mempuyai scene yang kuat dalam explore obsesi ini.

Lagi detail kat sini dan sini.....



Layan Anthrax dulu sepam dari band Big4 of Metal yang paling easy,simple dan funny....

2 ulasan:

  1. Saya ada sehelai baju mcmni..agaknya dalam berapa market sekarang ea,tag soffe shirts

    BalasPadam
  2. Bang jual kat saya bangg..tolongg

    BalasPadam