Selasa, 24 Januari 2012

Majalah 4-4-2 Dan R.O.T.T.W



First issue untuk tahun 2012.Mags bolasepak adalah antara bahan bacaan yang gua tak miss beli setiap bulan.Selepas Arena Bolasepak(ABS) tidak lagi berada di pasaran gua beralih kepada Wisel Dan soccer tapi dari segi content memang best ABS lagilah.Mags 4-4-2 ni kadang-kadang je gua buy ,biasanya time belek-belek tengok content macam best je baru gua buy.Untuk issue ini dengan cover depan pasal Paul Scholes gua tanpa banyak soal terus pay rm10 sebabnya Scholes antara favourite gua.
Tahun ni masuk tahun yang ke-14 gua buy R.O.t.T.W yang start buy gua bermula dari issue ke-19.Walaupun mags ini ada frasa turun-naik dalam life gua tapi disebabkan content dan direction yang berbeza dari lambakan mags di pasaran yang dikatakan mags muzik membuatkan gua berterusan sehingga sekarang membeli dan menyukainya.




Antara kolum yang gua suka dalam mags 4-4-2 ini iatu imbasan dari gol-gol terbaik yang pernah dihasilkan dalam dunia bola sepak.Yang ini gol dari bekas maestro team Valencia iaitu Gaizka Mendeita yang membuatkan gua reminder akan skuad Valencia circa tahun 1999-2002.Dia ni time main dengan Valencia memang begitu menonjol dan selepas berpindah ke Serie-A dan EPL tiba-tiba auranya hilang begitu sahaja.



Puas gua survey di youtube barulah terjumpa video gol ini.Nanti gua story lagi detail pasal team Valencia ini sebabnya dulu gua pernah follow dan juga mengemari team ini di mana ketika itu aura dorang adalah seperti mana yang di rasai Barcelona sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan