
Antara band dari UK yang paling gua suka.Pop cara UK selalu menkagumkan gua sebab style yang tersendiri dan berbunyi begitu 'indah'.Terbeli kelmarin dengan harganya $12.

Compilation dari klip video,live concert,in making dan commentators. Cover lagu top Britney tu haram gua tak suka style Travis bawa.Gua rasa Coldplay pun influence juga dengan Travis ni dalam sound dorang.
Lagu- lagu yang meruntun jiwa,melankolik dan berbunyi begitu mendayu yang boleh buat yang mendengarnya go to sleep tapi ianya juga penuh dengan soul tersendiri .Satu album dorang ada dalam koleksi gua iaitu ‘The Man Who ‘ adalah antara album yang gua suka.Bukan sekadar ballads malahan lagu-lagu yang banyak berkisar tentang cinta dan kehidupan digarap dengan begitu indah sekali untuk didengari.
Travis adalah satu sajian telinga yang mampu meregangkan urat saraf serta memenangkan minda buat seketika apabila gua overdose dengar bunyi-bunyian yang heavy dan juga setiap kali dibebani dengan perkara-perkara seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan