$ 55 dilaburkan untuk ini.
Gua belum betul-betul dapat hadam lagi album ini tapi yang nyatanya Radiohead tak habis-habis dengan kepelikan dan alien dalam artistik.Hanya 8 trek yang dimuatkan dengan Lotus Flower mula menjadi airplay ,gua selalu hope mereka akan kembali merakam sebuah album seperti O.k Computer tapi dengan releasenya album ini gua rasa Thom Yorke & co. Akan terus bereksprimen dengan bunyian sampler,berambiet dan elektronik.Mereka pun gua ingat comfort camtu.
Album ini semacam album Kid A dan Amnesiac dia punya flow dan setakat gua dengar memang gua tak berapa ‘gemar’ditambah pula part gitar Johnny Greenwood tak kedengaran atau pun memang takde langsung dan bagi gua album In Rainbows pun tak sepelik ini hasilnya walaupun mati-mati dulu gua ingat diaorang akan terus bermain seperti Kid A/Amnesiac,tapi trek yang last iaitu Seperator layan jugalah manakala trek-trek yang lain tak terfaham mereka punya art buat otak gua,mereka maybe genius tapi gua sekolah sampai tingkatan 5 je,Thom kalau nak main art agak-agaklah.....
Apa-apa pun mereka kekal gua punya fav. !.
Dalam video klip cukup menganjing Thom berdansa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan