Khamis, 19 Mei 2011

Guruh

Tiba-tiba guruh berdentum kuat dalam pukul 4 pagi yang membuatkan gua terkejut dari tidur,maknanya nak hujan sekejap lagi ni dan ini akan menyedapkan lagi proses tidur gua.
Tiba-tiba je emak gua muncul di depan gua yang tidur depan ruang tamu,plan awal nak tengok bola tapi tak tertahan pula gua punya mengantuk jadi tidur adalah penyelesaian terbaiknya,kemunculan emak gua yang begitu kalut sekali adalah untuk off semua switch tv,recorder dan Astro katanya guruh kuat ni,kan tak pasal-pasal menyambar dan menjahanamkan peralatan yang gua sebutkan tadi.Satu lagi akan membahayakan nyawa juga,gua bersependapat dengan kenyataan emak gua tu dan gua sambung balik tidur yang dijangka akan bertambah sedap dan perfect!.
Tiba- tiba lebih kurang sejam kemudian guruh sekali lagi berdentum,kali ni lagi kuat dia punya volume dan penangan.Gua terkejut buat kali keduanya dari tidur untuk malam tu dan dalam samar-samar kegelapan ruang tamu rumah gua perasan sekujur tubuh berbaring du satu sudut lain ruang tamu.Gua kenal sangat dengan susuk tersebut dan gua bertanya tadi dan baik-baik tidur dalam bilik apasal pula dan beralih tempat ni,nak kata panas kat dalam bilik tu kipas ada dan sistem penyejukan/pengudaraan pun terbaik,why?.
Emak gua jawab dalam bilik katil besi,bahaya woo!!,sekali lagi gua bersetuju dengan kenyataanya biarpun gua rasa macam tak logik sebabnya macam mana dengan orang yang guna tulang besi di kaki dan anggota badan yang lain tu,agaknya diaorang tawakal sahaja la kot......

Emak gua punya jawapan memang terbaik !.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan