Keadaan di luar stadium,time ni baru pukul 7.45 malam.
Dengan bekalan selesa 3-2 ke atas Pahang jelas memberi keterujaan kepada fan negeri gua untuk menantikan match ini.Walaupun tiket dinaikkan $2 ringgit menjadi $12 ianya tidak menjadi halangan malahan tiket dah sold out pada petang lagi sedangkan time tu ramai lagi yang mahu membeli,akibatnya kegiatan ulat tiket begitu berleluasa sekali sampaikan gua pun terkena juga $15 tapi ada juga yang gua dengar story sampai mencecah $25!.Gua sampai kat stadium dalam pukul 7.30 malam dengam kesukaran mencari parking dan akibatnya gua terpaksa parking jauh sikit dari stadium dan satu hal pula nak menapak tapi spirit bola punya pasal gua abaikan semua rasa tidak puas tersebut.sebelum bersesak nak masuk stadium sempatlah gua buy mafla & jersi di satu booth luar stadium untuk nak kasi nampak sikit gua punya spirit dan tanda sokongan tu.Gua cemas seketika apabila melihatkan acara memanjat tembok stadium untuk masuk free sedang rancak berlaku,walaupun tiket dah ditangan tapi kalau kat dalam stadium tu lagi ramai yang masuk free dari yang membeli macamana jadinya dengan fan yang bertiket,part ini gua rasa pihak keselamatan stadium yang sepatutnya lebih berperanan dalam membanteras kegiatan ini. tapi syukurlah gua berjaya masuk walaupun dah macam kat airport Us dia punya spotcheck,Dslr gua pun detail security tanya dan check,diaorang ingat M-16 kot.....
Inilah keadaan sebahagian crowd malam tu yang begitu riot dan happening walaupun keadaan tidak selesa sebenarnya,kerana keadaan crowd yang compact gila dah macam sardin jadinya.Tengok yang depan sekali sampai duduk bersila padahal itulah lorong yang ada untuk nak keluar atau bergerak.Time inilah gua teringatkan stadium Sultan Mizan yang jauh lebih besar,selesa dan canggih tapi ramai yang dah maklum kan apa yang terjadi kepada stadium tersebut.Sebenarnya stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah(SSINS) ini kalau diikutkan kapasitinya sekarang gua ingat dalam 12 ribu je yang boleh muat kerana sebahagian area atas tempat duduk crowd yang paling atas telah pun dibuang disebabkan kayu yang telah reput.sebelum itu SSINS mampu menampung 18-20 oraang crowd,itu pun still tak mampu dan support crowd terutamanya apabila Tganu masuk quarter atau semi final.Game ni gua rasa dalam 15 ribu orang yang hadir dan ini adalah kehadiran teramai untuk tahun ini,kalau camnilah suasananya di semua stadium dalam liga bola negara kita,gua percaya akan banyak berlaku perkara atau apa yang kita harapkan iaitu kejayaan dan penghormatan dari scene bola sepak ini.
inilah Antara aksi-aksi malam itu.Sebenarnya Pahang lebih banyak mengancam walaupun Tganu win 2-0 game ini.Kalau tak kerana palang dan terer Sharbinie di pintu gol gua ingat lain kesudahannya.Gua cukup berkenan dengan strike force Pahang yang bernama Fazli Baharuddin,dia kalau bawak bola pandai dia beat 2-3 orang player sekaligus, Shafiee Ali pun gua tak pernah tengok buat camtu.gol Tganu score oleh Hadi yahya dan striker muda yang gua tak berapa familiar Ailim Fahmi untuk agg. menjadi 5-2...semi final antara Kelatan dan Selangor gua tak ambil pusing sangat sebabnya bagi gua Kelantan dah masuk final apabila berjaya beat Selangor 5-1 ketika di shah Alam.
Final yang akan berlangsung 11 june ini sebenarnya menemukan 2 team yang bukan sahaja berjiran malahan dalam certain part mempunyai permusuhan yang maha dashyat dan gua rasa final nanti negeri gua dan Kelantan akan membawa begitu ramai crowd ke stadium dan gua nak pesan kat sini kepada polis,fru,rela ,st. john ambulans,perkasa dan isa,readylah korang semua dengan kecelaruan dan keriuhan yang bakal berlaku.
Bagi gua 2 team ini balance dia punya kekuatan terutamanya area strikes force,defend Kelantan lebih bagus kerana kadar bolos mereka di saingan liga super adalah yang paling rendah tapi part attackking gua prefer negeri gua sebabnya lebih variasi dan sangat berkesan dalam counter attack sedangkan Kelantan bagi gua peranan Norshahrul begitu dominan manakala di area midfielder agak balance tapi kapten Kelantan iaitu Badriradzi a.ka. Piya bolehlah gua anggap the silent killer dengan kebolehan yang ada padanya.
Final akan diadakan pada 11 Jun khabarnya di Bukit Jalil dan kalau takde hal dan halangan sampailah gua kat sana nanti.Mengikut rekod ini adalah final ke-4 Tganu dengan satu kejuaraaan ketika season 2000 manakala ke-2 untuk Kelantan yang masih belum menjulang piala ini.Gua orang Tganu mestilah gua prefer negeri gua tapi untuk to be fair gua rasa sedikit advantage untuk Red Warrior memandangkan mereka belum pernah memenanginya dan ini pasti akan motivate mereka untuk memenanginya buat kali pertama.
Gua dah start imagine suasana di Bukit Jalil ni...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan