Khamis, 13 Oktober 2011

Butterfingers_____Transcendence



Lama tak dengar album ni,rasanya lama jugalah terperap di rak cd gua.Semalam kembali gua pasang time mengemas rak cd gua yang nampak sakit mata memandang.Album ketiga yang paling best dan mature bagi gua dari 6 album dorang setakat ini (album Malayneum & Kembali best juga,lain kali gua story)yang release tahun 1999 .Kalau tengok cover album ni mesti ingat ini maybe group pengiring Pak Ngah dalam persembahan zapin tapi don't judge content for the cover...



Dengan sound yang meletup-letup dari satu production yang mantap gua merasakan ini antara the best English album yang Berjaya diterbitkan dari local scene malahan tidak keterlaluan jika diangkat berlevel internasional..pun begitu ciri-ciri tradisi melayu tetap dorang selitkan seperti dalam track ‘epitome’ dengan gamelan menjadi back-up di sebalik riffing gitar tapi vokal Emmett untuk lagu ini gua tak berapa gemar (try dengar klip kat bawah) begitu juga dengan cover album ini…

Arrangement cun ,vocal pula memang kalau tak kerana mereka ni orang dah tahu band dari Malaysia,confirm dah orang cakap kurt cobain yang nyanyi manakala setiap lagu dibikin dengan hook-hook yang memang sedap untuk didengar.Loque member sentuhan terbaiknya dengan guitar work yang menarik dan solo-solo yang kena dengan lagu.Kredibiliti dorang begitu terserlah dan untuk generasi sekarang inilah band yang terbaik dan yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya.12 track yang memang sedap untuk didengar dengan ‘The Chemistry’ mendapat airplay yang kuat dari media massa.Track ‘Faculties Of The mind’ sekali dengar dah macam ‘Come As You Are’ manakala track terakhir ‘ Words vs wisdom’ memang banging tak ingat …ada satu kontroversi ketika dorang perform di AIM tahun berapa tu gua dah lupa dah dimana mereka perform atas stage yang turut di hadiri menteri dan vvip dengan berkaki ayam seterusnya menjadi sensasi di dalam akhbar dan media massa kemudian satu lagi kontroversi ketika mereka release album ‘Selamat Tinggal Dunia’ yang dikatakan menghina serta menyindir banyak pihak tapi itulah mereka yang bagi gua pemikiran dan issue yang cuba dibawakan oleh mereka dalam berkarya langsung tidak difahami oleh ramai pihak di Negara kita yang lebih overdose dengan hasil-hasil yang ‘plastik dan’bimbo’.





Interview yang gua snap dari mags ROTTW ini adalah ketika album Transcendence baru release.Satu interview yang mantap dari band yang rasanya gua boleh bagi title ‘Radiohead Malaysia’ ini.Bermula dengan kegilaan mereka terhadap Seattle Sound sebelum mereka berterusan bereksprimen dan exploring dan kini menjadi sebuah band yang mempuyai sound yang tersendiri dan juga fan base yang ramai. Gua hope selepas 2 album melayu yang juga karya mutakhir dorang meraka akan dapat kembali merekod satu lagi album english yang polish dan sukses seperti album Transcendence ini.

'Mula-mula start main muzik dulu memang mati-mati nak jadi macam Nirvana tapi muka pun muka melayu jadi macam inilah jadinya'..Butterfinggers..



Idea untuk lagu ni cantik dah tapi bab vokal serius gua tak gemar.



Track terakhir yang rockin gila,mengingatkan gua pada track 'Territorial Pissings ' dari nirvana.



'Come As You Are' versi malaysia.

Extra review di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan