Ahad, 16 Oktober 2011

Ganu Peteh Kelantan



Hari yang bercampur baur untuk Manaf,Kematian ayah tersayang seolah-olah memberi extra motivate untuk dia memberi aksi yang terbaik dalam menyumbang kemenangan Terengganu semalam.Gua salute dengan spirit yang dimilikinya dan kejayaan semalam rasanya semua fan team Penyu dedicate untuknya.




'The Silent Killer' untuk game semalam.K.Raja sila alert dengan perkara ini untuk benefit national team kita.Ashaari ni kalau dia tak score pun still danger untuk mana-mana defend lawan.Kebolehannya dalam mengelecek dan passing memang menarik selain daripada berjaya membentuk satu gandingan front line yang begitu mantap bersama Manaf terutamanya.



Final result yang adil untuk kedua-dua team walaupun secara personal gua merasakan negeri gua Tganu mampu untuk win game ini .Ketika Kelantan berusaha keras untuk merapatkan jurang aggregat yang ada,2 gol extra dari Tganu di SSM-4 bagai menamatkan kempen Piala malaysia Kelantan untuk season kali ini,Apa-apa pun syabas untuk Kelantan juga yang bersama menyumbang kemeriahan bola di negara kita.



Photo di atas adalah gambaran nasib Kelantan untuk kali ini,bye-bye untuk juara bertahan,next season itu cerita lain....



Bagi gua game semalam adalah :


- Game berprofile tinggi yang menepati expaction ramai pihak.Dari gol yang banyak,game play yang rancak,menarik dan suasana stadium SM-4 yang havoc dan compact dengan fan The Red Warrior.

- East Coast Derby!!!.Gua seorang anak Tganu yang amat meminati bolasepak begitu teruja terutamanya tiap kali game -game menentang Kelantan.Gua teringatkan Permusuhan dorang ketika era 90-an dulu-dulu.Kalau tak bergomo dan berpeteh maka ianya akan jadi satu perkara yang pelik .5 red dan 12 yellow card untuk quarter final pertama hari tu kalau nak compare dengan game dulu-dulu gua boleh cakap dalam kategori 'bersih dan 'baik' lagi tu.....

- 2 gol Ashaari memang bermutu tinggi ,tenang di depan gol dan final touch yang bergaya,manakala missing dari Sharbinee untuk first gol Kelantan tu payah betul gua nak terima(now jari kelinking gua naik memprotes).gol penalti dari Piya pula bagi gua fair and find.

- Prestasi refree gua boleh bagi salute kerana berjaya control game dengan berkesan manakala atmosphere di SSM-4 meremang bulu tengkuk dibuatnya.Gua sendiri pun merasakan Tganu bakal ditunjukkan jalan keluar dalam saingan ke semi final apabila menlihatkan spirit yang memuncak dari player Kelantan.

- Game 70 % dikuasai Kelantan dengan serangan yang bertali arus dari segenap angle padang, beberapa peluang mengenai palang dan tiang di kala defend Tganu telah pun tertewas.Tertapi tiap kali Tganu buat counter attack time inilah akan nampak satu kelemahan yang besar dilakukan Kelantan.Dengan gandingan Manaf-Hadi-Ashaari telah mengumpul hampir 50 gol dalam saingan liga Super ,mistake seperti itu adalah nightmare.

- Gua rasa pemikiran fan Kelantan dan Tganu begitu matang dan lebih positif sekarang compare dengan ketika era 80-90an terutamanya dalam memberi sokongan kepada team masing-masing.Saling kutuk- mengutuk dan mengertak tapi end of the day tiada ensiden yang tidak diingini berlaku.Salute untuk fan TRW terutamanya kerana berjaya menunjukkan satu sokongan padu yang menjadi nadi buat team Kelantan dan mula berjaya menjaga displin dan memberi input-input yang positif dalam scene bola di negara kita sekarang.



# Semi final nanti Tganu lawan Selangor,kalau win 29.10 confirm gua naik Shah Alam !!!..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan