Khamis, 10 November 2011

Majalah Gila-Gila



Kelmarin pergi survey mags ROTTW sama ada dah keluar ke belum dan gua terpandang majalah Gila-Gila(GG) lama di jual murah-murah ..Lama betul gua tak read & buy majalah homur yang paling lama bertahan dan antara yang terawal humor publication di Negara kita sebelum market dilambakkan dengan pelbagai majalah humor yang lain yang juga cuba untuk menyaingi popularity dan impak yang pernah berjaya dilakukan majalah GG di dekad 80 dan 90-an terutamanya.

Gua borong dalam 8 naskah yang dijual $1.50 senaskah yang kesemuanya dari edisi tahun lepas.Seingat gua dah lama betul gua tinggalkan everything pasal GG ni dengan naskah terakhir yang gua buy kira-kira 10 tahun yang lepas.Gua tengok dari segi kolum yang ada di dalam GG ni banyak yang still ada begitu juga dengan kantunis lama yang still tak putus dengan idea dan berhenti memberi karya walaupun sebahagian besar dari mereka sudah tidak lagi dengan GG ataupun yang sudah resign dari scene ini dan ada juga yang telah pun meninggal dunia.Awal pengenalan gua dengan GG ni adalah dari bapak saudara gua yang biasa membelinya dan gua pulak tiap kali datang ke rumahnya memang tak miss baca majalah ini.time tu dengan kartun bisu dari kantunis Aza dan first page kolum iaitu Jungle Jokes dari Jaafar Taib begitu menarik hati gua di ketika itu.

Tapi salah satu sebab gua stop follow GG ini apabila gua mula merasakan tahap humor mereka dah mula hilang aura dan juga apabila ramai kantunis favourite gua resign dan semalam gua kembali membelinya disebabkan sentimental value dengan GG ni.




Kolum yang biasa duduk di page tengah GG ini sentiasa diadapt dari current issue yang berlaku di sekeliling kita begitu mengelikan hati dan kadangkala begitu pedas dengan sindiran.antara kolum signature dalam GG.



Jawapan yang diberikan memang begitu menganjing dan tak kiralah soalan yang jenis macam mana pun tetap akan ada jawapannya tapi dalam masa yang sama boleh terasa juga ‘pedasnya’.PST ni kalau nak compare dengan professor emeritus yang ada di Negara kita ni memang tak ‘layak’ betul sebabnya di lagi ‘terer’,nama pun Profesor Serba Tahu !!!.


Tapi walaupun dah lama gua tak follow GG kekal majalah humor terbaik yang dilahirkan dari scene humor Negara kita.Gua pernah menjadi follower Ujang,Apo? Dan Gelihati tapi ternyata berbeza sekali dengan GG yang mempunyai signature tersendiri.Maybe juga salah satu bahan bacaan yang bernilai tinggi walaupun sekadar menggunakan medium humor yang secara kebiasaanya ramai orang menganggapnya hanyalah satu genre picisan dan just for fun.Gua percaya ramai orang yang berjaya di luar sana membesar dengan GG dan bagi gua sehebat mana pun seseorang itu mahu menjadi pemikir yang terhebat,tanpa mengetahui tentang GG dia fail !!!.


Bacaan tambahan di sini dan sini.


Bersambung...



1 ulasan: