Sabtu, 12 November 2011

Malaysia - 2 Thailand - 0



Game semalam boleh dengar suara player dan coaching memberi arahan tapi lawan Indonesia nanti kita semua hanya akan setakat boleh melihat aksi di atas padang kerana mengikut jangkaan Stadium Gelora Bung Karno akan betul-betul 'bergelora'.Sekali lagi gua katakan saat Harimau Malaya menjulang piala dan meraih kejuaraan Suzuki Cup tahun lepas di stadium ini adalah antara the best moments dalam history bola sepak negara.



Dia ni tiap kali sampai kat kotak penalti lawan atau face to face dengan defend lawan memang tak nampak pintu gol .Kalau dah 4 kali peluang yang sure gol tak mampu untuk digunakan ini ke yang kita panggil striker national team Malaysia ?.Gua ingat badi Fakri Sarani dah mula berjangkit kat dia ni pulak..



Kalau gua jadi Kim Swee pun gua akan marah sebabnya kita mampu dan boleh menang 4-1 kalau setiap peluang yang ada betul-betul digunakan.Thailand bermain takdelah kemas mana walaupun team mereka still dianggap gergasi di Asia Tenggara dan inilah peluang sebenarnya untuk kita'lauk' dorang cukup-cukup sebab gua rasa dah lama betul kita tak menang dengan Thailand dengan satu margin yang besar.



Statistik game yang sebenarnya dari segi ball posesion memang balance tapi tengoklah shot yang berjaya kita perolehi hanya mampu menghasilkan 2 gol .Dari segi game play boleh kata memuaskan hati gua tapi bab final touch untuk score memang gua hampa betul .Seolah-olah kita ketiadaan seorng striker yang betul-betul talented.Game semalam gua imagine kalaulah Manaf Mamat yang main tapi sayang umur dia dah lebih setahun dari allowed sukan Sea..



Satu gol yang cantik dari Izzat Faris(budak negeri gua ni ).Game lawan Kemboja dan Indonesia nanti gua nak tengok dia bermain dari minit pertama lagi.2 game yang lepas memang nampak mencemaskan kita tapi syukurlah team kita still di landasan untuk mempertahankan pingat emas dan selaku juara bertahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan