
Di Old Trafford,teater impian bertukar menjadi teater tragedi buat MU apabila di tewaskan Bilbao dengan satu corak permainan yang begitu memukau dan macam style Barca gua tengok ,rupa-rupanya coach dorang sekarang adalah Marcelo Bielsa iaitu seorang taktikal genius dari Argentina jadi no wonderlah dorang boleh main passing macam tu.Satu lagi yang buat gua kagum adalah sambutan crowd Bilbao di Old Trafford,kehadiran yang ramai tu satu hal dan mereka datang kerana merasakan team mereka mampu untuk memberi saingan dan mengejutkan MU ,ternyata itulah yang berlaku dan ini memberi tekanan buat Mu apabila berkunjung ke San Mames minggu depan.Gua nak tengok Bilbao layak kerana dalam bola sepak gua selalu admire akan 'the art and beautiful game'.
Satu olahan dan artikel yang mantap untuk match ini di sini.

Sementara itu di satu lagi kejohanan Eropah yang lebih luxury dan grand statusnya pertemuan Barcelona melawan Leverkusen boleh di anggap satu game yang berat sebelah kerana Barca dengan bekal 3 gol di tempat lawan seperti pejam mata je nak masuk quarter final tapi itu tidak cukup selagi Messi tidak menunjukkan aura sebenar apabila dia meledak 5 gol dari 7-1 match result.Satu yang gua perasan Messi ni cukup suka chipping bola melepasi kepala ataupun sipi-sipi dengan posisi goalkeeper dan tiap kali dia buat macam tu pastinya keeper akan mengutip bola di dalam gol.style yang dah macam nak jadi trademark dia sekarang ni.Adakah kita semua sedang menlihat seorang lagi legend yang tengah memperagakan aksi terbaiknya?gua agak sceptical dengan quote macam tu selagi Messi tidak menyerlah untuk Argentina ataupun memenangi World Cup.
Gol ke-2 tu memang laju dan mengelirukan,gua yang tengok pun tak sempat nak tengok macam mana bola tu boleh masuk gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan