Ahad, 11 Mac 2012

Terengganu-1 Vs Perak-0 (Piala FA round-2)

Malam sebelumnya di venue yang sama melibatkan satu game yang outstanding dan dramatik sekali manakala malam berikutnya menemukan pula team abang iaitu Tganu yang bakal menentang lawan yang setara juga kekuatannya iaitu Perak.Match yang bakal menentukan team mana yang akan meneruskan saingan ke quarter final yang dijangka akan menentang team Lion Fc.Match yang menjadi highlight kepada team dan fan negeri gua memandangkan reputasi sebagai juara bertahan dan juga sebagai membalas kembali kekalahan 1-0 kepada lawan yang sama ketika opening match liga super untuk season ini.



Walaupun astro Arena menyiarkan live game ini ternyata fan negeri gua begitu excited start dari petang lagi dan mula memenuhi stadium selepas azan maghrib.gua pula memang dah planning awal lagi nak tengok game ini selepas mengetahui lawan match ini.Keadaan dalam stadium memang meriah dengan gelagat Ultra dan kelab penyokong Peteh dengan gimik terbaru iaitu jersi Tganu bersaiz gergasi untuk di arak sepanjang tempat duduk penyokong.Fan Tganu ni mereka akan bertambah meriah,kehadiran yang lebih ramai dari kebiasaan dan bersikap gila-gila apabila menlibatkan game-game yang penting dan menjadi highlight.



Marzuki Yusuf still dalam proses recovery dari kecederaan begitu juga dengan goalkeeper Sharbinie Alwi yang dilaporkan dalam keraguan untuk diturunkan dalam game ini sekaligus lilitan kapten diberi kepada defender kental Muslim ahmad yang nampak bersahaja mengemudi defend Tganu biarpun kerap juga diancam striker Perak yang diketuai Akmal Rizal.Gandingan Muslim iaitu seorang lagi bekas player Harimau Muda Faizal Muhammad juga bermain baik sepanjang permainan manakala dalam skuad Perak gua tengok kapten team dorang iaitu Shahrulnizam Mustapa berusaha keras mengekang penguasaan Tganu dalam game ini dan usaha itu berjaya di second half apabila Perak mula dapat menguasai dan satu peluang dorang terkena tiang.



Walaupun menang gua tak rasa ini adalah performance terbaik Tganu,passing bola dan gerakan still nampak tidak kemas dan lancar.Backspace kembali season lepas adalah antara satu season yang cemerlang dan menyeronokkan gua sebagai fan skuad Peteh dengan kejayaan menjadi juara piala FA,naib juara piala Malaysia dan hampir-hampir juga menjadi juara liga Super sehinggalah di game yang terakhir barulah Kelantan dinobatkan sebagai juara.sebenarnya gua dan rata-rata fan still menrasai ketiadaan Irfan Bakti yang kini bersama Selangor.Ketika di bawah kendaliannya Tganu begitu mantap gaya permainannya dan satu yang gua suka dengan Irfan,kebolehannya untuk push player mengeluarkan talent dan prestasi sebenar mereka ,itulah yang berlaku terhadap Abdul Hadi,Manaf Mamat dan Ismail Faruqi pada permerhatian gua ketika season lepas.



Tiap kali melihat kehadiran crowd yang ramai sehingga terpaksa berdiri membuatkan gua untuk kali ke berapa entah gua sebut tentang perlunya Stadium Sultan Mizan dibaiki,tak boleh kata segera dah sebabnya ini dah nak masuk 3 tahun masalah ini berlarutan tanpa satu action yang gua rasa benar-benar berkesan dilakukan oleh pihak -pihak yang berkaitan di kala perkembangan sukan di Tganu begitu pesat membangun .Memandangkan election dah hampir tiba gua ingat selepas itu barulah stadium tu akan kembali di beri perhatian.Pakatan Rakyat kalau mahu undi dari gua,sila masukkan isu stadium Sultan Mizan dalam manifesto anda!.



Habis game dengan kepuasaan tergambar oleh fan Tganu manakala Perak terkeluar dari saingan kali ini .Selepas format piala FA ini diubah start dari season lepas di mana game -game round 1-2 dimainkan secara kalah mati sebelum kembali bermain secara timbal balik di quarter dan semi final membuatkan setiap team memberi fokus dan meningkatkan saingan kejohanan yang di mulakan tahun 1990 ini.Mempertahankan lebih susah dari mengejar kejuaraan,quote ini untuk negeri gua supaya lebih fokus kerana selepas ini Lion Fc bakal ditentang di quarter final.Satu lawan yang sukar jika menlihatkan form terkini dorang walaupun dalam saingan liga Super Tganu menang 1-0 itu bukanlah ukuran sebenar dalam keadaan saingan piala FA itu sendiri memasuki frasa yang lain.



Keluar dari stadium singgah sekejap di Dataran Syahbandar sebab dengar cerita XPDC turun,gua pulang ke rumah dengan satu feel yang rasa betul-betul satu hari yang 'live forever'!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan