Ahad, 11 Mac 2012

Tteam- 3 vs Pahang -2



Gua berkira-kira nak pergi tengok ke tak game ini di stadium di mana Astro Arena turut menyiarkan live game ni, last-last gua tak pergi selepas tanya member yang juga tak minat nak pergi tengok walhal ini pun team dari negeri Tganu juga dan ramai otai main dalam T-team ni.Apa yang gua boleh kata adalah rasa menyesal kerana melepaskan peluang menlihat dan menrasai sendiri aura game hebat ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah(SSINS).
Bermula perlahan dan nyaris-nyaris buat gua tertidur di 45 minit pertama ianya seolah-olah bertukar menjadi satu plot story yang penuh thrill dan mendebarkan.Dari gol-gol yang menarik dan di minit-minit akhir game Faiz Subri menjaringkan gol kemenangan di kala match kelihatan bakal
bermain di extra time membuatkan gua bersorak girang kerana satu wakil dari negeri gua telah berjaya layak ke quater final yang di jangka menentang Kedah.



Gol ke-2 Pahang mirip gol ke-3 TTeam ketika menentang Kedah dalam saingan Liga Super sebelum ini(refer klip di atas).Setakat ini gua rasa gol-gol yang paling menarik bagi player import banyak terhasil dari Owona(Negeri Sembilan) yang banyak score dari free kick manakala import yang lain gua tengok biasa-biasa saja .Local player kita juga tak kurang hebat,contohnya dalam game Tteam-pahang ini yang kesemua 5 golnya dijaringkan oleh local player.Bagi gua ini game terbaik setakat ini untuk tahun 2012 dalam scene bolasepak negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan