Dia ni antara faktor terpenting kekalahan besar Terengganu semalam .
Gua takkan dispute persembahan Selangor semalam antara yang terbaik semenjak Irfan take over dari Devan/Maniam.
Bagi gua game semalam adalah :
- Push the limit,begitulah keadaannya dengan player Tganu yang sedang sustain dengan 3 tourment, ,Sebagai juara bertahan piala FA di mana mereka akan menentang Sime Darby selepas ini di Semi Final,membawa nama negara dalam aksi piala AFC di mana mereka mempuyai prospek yang cerah untuk ke round-2 dan mencari posisi terbaik dalam table Liga Super dan cuba mencari kejuaraan selepas menjadi naib johan di season lepas.
- Gua tertarik dengan komen Irfan Bakti sebelum game ini di mana Selangor akan mengambil kesempatan dalam jadual yang compact dan tahap kecergasan player Tganu, dan itulah yang dilakukan mereka semalam.Bukanlah satu game yang outstanding kerana dalam beberapa aspek Selangor lebih bersedia walaupun di atas kertas Selangor nampak bukannya saingan Tganu sekarang ini.Satu lagi aspek padang pun berat semalam selepas hujan turun sebelum game sekali gus merencatkan tempo dan planning Tganu.
- Untuk rekod ini adalah kekalahan terbesar Tganu dalam tempoh 3 tahun dan menentang ex-coaching yang jasanya membawa Tganu menjadi antara kuasa bola sepak negara adalah seperti cuba menewaskan guru yang telah mengajar seorang murid untuk menjadi pandai.
- Gua tunggu game ini di Kuala terengganu di round-2 nanti sebab gua percaya Tganu mampu counter balik kekalahan ini tapi rasanya bukanlah dengan margin yang besar macam dalam match ini,satu lagi rekod Selangor di SSINS tidk begitu menarik dan ketika Tganu menang 4-0 ke atas Selangor ketika season 2010 itu antara performance terbaik Irfan Bakti bersama Tganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan