Ahad, 8 April 2012

Radiohead Live Astoria

 Versi 'Fake plastic Trees' dalam live at Astoria  ini lebih sedap dari yang dalam album dan dalam banyak-banyak versi yang pernah Thom Yorke bawa kerana gua cukup syok dengan link-link gitar si Johnny Greenwood  begitu juga dengan 'Maquiladora' yang rock in the house soundnya.Track yang lain-lain pun bergegar juga terutamanya original  sound dari Telecaster Johnny. Rakaman ketika Radiohead  belum masuk frasa eksprimen tahap pening  kepala ni memang into untuk yang memang payah benar nak hadam karya-karya dorang selepas itu.Bagi gua dorang ni ada 2 frasa,mulanya seperti kebanyakan artis lain buat ,merelease dan menghasilkan hits yang akan masuk carta-carta lagu dan mendapat airplay yang banyak di MTV kemudian mereka mula menerokai satu ruang yang tak ramai akan sampai di situ dan kekal sehingga sekarang ,maksud gua terlalu artistik  dan deeping tapi sebagai seorang follower dorang dari dekad 90-an gua dapat menerimanya walaupun sampai hari ini tiap kali  gua mendengar album Kid-A dan Amnesiac memang tak boleh betul-betul  into dengan jiwa gua.

Dorang ni kalau boleh maintain sound seperti 3 album terawal pun sudah boleh di kategorikan genius tapi apa yang Thom Yorke lakukan selepas itu adalah seperti mencabar sistem yang sedia ada dalam industri muzik dunia.Mempunyai sound yang tersendiri dan follower yang ramai(termasuk gua) adalah 2 combination untuk seseorang artis menjadi 'mostly' dalam industri muzik tertapi mereka sebaliknya ,menjadi sebuah quartert yang begitu secretive dan begitu sukar untuk di interview seolah-olah berlakunya pemencilan tertapi tiap kali mereka lauching dengan satu new album maka Grammy awards apalah sangat dengan dorang sebabnya muzik mereka bukannya  semata-mata kerana sedapnya telinga mendengar tertapi berbekas dan melekat  di dalam jiwa.Cuba dengarkan ' A Wolf At The door' pukul 3 pagi sambil tutup api,melayang-layang feel dibuatnya.






* RadioHead ia a great industrial band,Muse try so hard to copy them !.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan