Jika ada yang berkata kegagalan di Champion League season ini adalah faktor utama pengunduran beliau gua tak rasa itu penyebabnya tertapi menguruskan satu kelab bola sepak antara yang paling berjaya di dunia dan cuba sustain kejayaan secara berterusan memerlukan satu mindset dan komitmen yang berbeza dari manusia biasa,gua rasa beliau sudah sampai satu tahap di mana pressure dan limit sebagai coaching sudah mencapai klimaksnya dan beliau mula merasakan resign adalah result terbaik.Barca tidaklah mengalami penurunan yang mendadak tertapi gambaran terbaik jika mahu bercerita tentang kehebatan taktikal dan flow game Barca adalah ada ketika dan masanya mereka adalah sebuah team yang boleh ditewaskan oleh mana-mana team.
14 kejuaraan selama 4 tahun Pep di Nou Camp menjadikan beliau salah seorang coach yang paling sukses dalam bola sepak dunia,cuma selepas ini yang menjadi persoalan sama ada pengganti beliau iaitu Tito Vilanova mampu untuk meneruskan kehebatan yang sedia ada ataupun akan mengangkat Barcelona kepada satu level yamg lebih tinggi lagi(apakah istilah yang sesuai untuk level ini).Tugasan pertama Tito untuk season depan gua nak tengok sama ada dia mampu untuk block dominasi Real Madrid yang mula kelihatan sebelum memikirkan saingan di level Eropah manakala Pep dengan banyak rumors yang bertiup kencang kelab manakah yang bakal dilatihnya membuatkan gua imagine jika dia ke Stamford Bridge , pasti akan berlaku perubahan yang drastik dan secara besar-besaran walaupun ramai pihak merasakan saingan di EPL bukanlah priority beliau.
The last match and moment,goodbye Pep....
* Member gua cakap Barca ni dah kuat dari zaman Frank Rijkard jadi coach lagi,Pep datang hanya sekadar membuat finishing dan touch-up apa yang patut je....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan