Dah beberapa malam gua jadi naik syok follow Giro De' Italia yang kini dah sampai pertengahaan saingan ,kebelakangan ini cycling memang menjadi obsesi juga.Tak cukup dengan buy magazine yang berbentuk cycling ,gua download pula e-mags yang berlambak dalam online selain dari survey dalam Mudah.Com basikal MTB yang mana gua rasa berkenan di hati .Sebelum ini benda ini semua tak into sangat dalam life gua tertapi semenjak perut gua mula menampakkan lebihan lemak timbul pula minat nak berbasikal campur pula dengan fenomena Fixie yang kian menular dan perkembangan sukan ini yang begitu meriah dan pesat di negeri gua Terengganu.
Photo kat atas adalah ketika beberapa meter nak sampai finishing di stage-3 yang menlibatkan ryder yang dikatakan no-1 dunia kini iaitu Mark Cavendish selepas beliau terlanggar tayar ryder di depannya yang secara suprise masuk ke dalam laluan si Cavendish yang time tu memang dah start masuk gear nak sprint.Jatuh tu satu hal tapi yang menjadikan eksiden ini sedap untuk di tonton datang pula group peloton yang ramai kat belakang beliau yang cuba untuk mengelak sebelum datang seorang lagi ryder terus melenyek Cavendish ,memang sadis gila tapi yang buat gua kagum tu selepas eksiden tu dia dengan selamba je menggalas basikalnya dan berjalan kaki ke penamat yang lebih kurang 50 tapak ke depan.
Keesokannya beliau kembali dengan luka-luka yang di balut tapi bab spirit dan energy still padu seperti sebelumnya malahan untuk stage ke-5 beliau berjaya menamatkan saingan selaku pemenang.Gua perasan satu perkara,Andrea Guardini iaitu pemenang terbanyak stage Le Tour De Langkawi tidak kelihatan kelibatnya walaupun team beliau Farnesse-Vini kerap juga menjadi leader di depan .Apabila memikirkan begini ,bagaimanalah agaknya nanti Harrif Salleh nak bersaing di Olimpik London beberapa bulan dari sekarang kerana dijangkakan Cavendish dan Frank Schleck akan turut serta. Dalam bola sepak negara sibuk nak mencari peluang untuk membawa player kita untuk beraksi ke luar negara tertapi kenapa pihak PKBM tidak membuat satu plan yang sama untuk scene cycling negara di kala munculnya begitu ramai ryder-ryder yang talented seperti mana inisiatif yang diambil state holder Terengganu untuk menubuhkan pro continental team iaitu TSG .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan